Takhrij

Wednesday, 1 January 2020

Hadith Sanaa dan Sanut sebagai ubat segala penyakit kecuali mati




Matan hadith


عَلَيْكُمْ بِالسَّنَى وَالسَّنُّوتِ فَإِنَّ فِيهِمَا شِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلَّا السَّامَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا السَّامُ قَالَ الْمَوْتُ

Terjemahan

Hendaknya kalian menggunakan pohon sanaa (sejenis pohon yang di gunkan untuk ubat) dan sanuut (madu atau sari buah yang kental), kerana keduanya mengandung penawar dari semua penyakit, kecuali As Saam." Beliau ditanya, "Wahai Rasulullah, apakah As Saam itu?" beliau menjawab: "Kematian."


Takhrij

HR Ibnu Majah no. 3457 dari Abdullah bin Amru, disahihkan oleh Syeikh al-Albani.







Matan hadith


سَأَلَهَا بِمَ تَسْتَمْشِينَ قَالَتْ بِالشُّبْرُمِ قَالَ حَارٌّ جَارٌّ قَالَتْ ثُمَّ اسْتَمْشَيْتُ بِالسَّنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّ شَيْئًا كَانَ فِيهِ شِفَاءٌ مِنْ الْمَوْتِ لَكَانَ فِي السَّنَا

Terjemahan

Dengan ubat apakah engkau merawat sakit perut ?" Asma' menjawab, "Dengan Syubrum." Beliau bersabda: "Sungguh itu ubat yang sangat panas." Asma' berkata; Setelah itu aku meminum as-sanaa, lantas Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika ada ubat yang dapat mencegah dari kematian tentu itu adalah as-sanaa."


Takhrij

HR. Tirmidzi no. 2007 dari 'Asma binti 'Umais ra. Imam Tirmidzi berkata hadith ini hasan gharib. Syeikh al-Albani dalam takhrij sunan Tirmidzi menilai hadith ini dhaif.

8 comments:

  1. Status hadith ini bagaimana tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wbt tuan,

      Hadith yang mana?

      Kalau dua hadith atas dah diberikan, dihujung ayat bawah Takhrij

      Delete
  2. Status hadith ini bagaimana tuan

    ReplyDelete
  3. Ibnu majah 3448 berkenaan black seed dan bukan sanna. Mohon semak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt

      Terima kasih atas semakan tuan, kita merujuk hadith yang sama, cuma cetakan kitab yang berbeza, lalu penomboran berbeza, tuan rujuk versi maktabah maarif, saya guna al-Al-Alamiyah.

      Saya dah tukar kepada cetakan Maarif.

      Jazakallahu khairan

      Delete
  4. Assalammualaikum,

    Adakah kedua dua hadis diatas berkenaan 'Hadith Sanaa dan Sanut sebagai ubat segala penyakit kecuali mati' ialah sahih?
    Tolong sertakan bukti kesahihah.

    Saya perasan terlampau ramai peniaga produk yang dikatakan produk sunnah telah menggunakan kedua dua hadis di atas. tapi bila ditanya, tiada bukti yang hadis tersebut sahih. ini boleh menimbulkan salah faham.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam

      Status hadith telah tersedia seperti dikemukakan di bahagian "takhrij" , harap dapat baca/semak semula perlahan2 takut terlepas pandang. Memandang kan laman ini intinya adalah takhrij hadith, maka kesemua (insyaAllah) hadith2 yang diletakkan dalam laman ini telah dinyatakan statusnya sekali.

      Sekalipun hadith ini sahih, seseorang yang ingin berubat dengannya, mestilah merujuk kepada ahli nya (samaada perubatan atau pakar farmakognosi) sebelum mengambilnya, bukan semata-mata lepas baca hadith terus amal.

      Kerana kita perlukan maklumat takarannya, indikasinya dll. Dan semua maklumat ini mestilah didapatkan/ditanyakan pada ahlinya.

      Bukan bersebarangan seperti kita lihat dalam masyarakat kita yang menggunakannya atau turut mengkomersilkan dengan menggunapakai cop 'SUNNAH' tetapi praktisnya tidak sunnah.

      Delete