Matan hadith
عَلَيْكُمْ
بِالسَّنَى وَالسَّنُّوتِ فَإِنَّ فِيهِمَا شِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلَّا
السَّامَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا السَّامُ قَالَ الْمَوْتُ
Terjemahan
Hendaknya kalian
menggunakan pohon sanaa (sejenis pohon yang di gunkan untuk ubat) dan sanuut
(madu atau sari buah yang kental), kerana keduanya mengandung penawar dari
semua penyakit, kecuali As Saam." Beliau ditanya, "Wahai Rasulullah,
apakah As Saam itu?" beliau menjawab: "Kematian."
Takhrij
HR Ibnu Majah no.
3457 dari Abdullah bin Amru, disahihkan oleh Syeikh al-Albani.
Matan hadith
سَأَلَهَا
بِمَ تَسْتَمْشِينَ قَالَتْ بِالشُّبْرُمِ قَالَ حَارٌّ جَارٌّ قَالَتْ ثُمَّ
اسْتَمْشَيْتُ بِالسَّنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
لَوْ أَنَّ شَيْئًا كَانَ فِيهِ شِفَاءٌ مِنْ الْمَوْتِ لَكَانَ فِي السَّنَا
Terjemahan
Dengan ubat apakah
engkau merawat sakit perut ?" Asma' menjawab, "Dengan Syubrum."
Beliau bersabda: "Sungguh itu ubat yang sangat panas." Asma' berkata;
Setelah itu aku meminum as-sanaa, lantas Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam
bersabda: "Jika ada ubat yang dapat mencegah dari kematian tentu itu
adalah as-sanaa."
Takhrij
HR. Tirmidzi no.
2007 dari 'Asma binti 'Umais ra. Imam Tirmidzi berkata hadith ini hasan gharib.
Syeikh al-Albani dalam takhrij sunan Tirmidzi menilai hadith ini dhaif.
Status hadith ini bagaimana tuan
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt tuan,
DeleteHadith yang mana?
Kalau dua hadith atas dah diberikan, dihujung ayat bawah Takhrij
Status hadith ini bagaimana tuan
ReplyDeleteHadith yang mana?
ReplyDeleteIbnu majah 3448 berkenaan black seed dan bukan sanna. Mohon semak
ReplyDeleteWaalaikumussalam wbt
DeleteTerima kasih atas semakan tuan, kita merujuk hadith yang sama, cuma cetakan kitab yang berbeza, lalu penomboran berbeza, tuan rujuk versi maktabah maarif, saya guna al-Al-Alamiyah.
Saya dah tukar kepada cetakan Maarif.
Jazakallahu khairan
Assalammualaikum,
ReplyDeleteAdakah kedua dua hadis diatas berkenaan 'Hadith Sanaa dan Sanut sebagai ubat segala penyakit kecuali mati' ialah sahih?
Tolong sertakan bukti kesahihah.
Saya perasan terlampau ramai peniaga produk yang dikatakan produk sunnah telah menggunakan kedua dua hadis di atas. tapi bila ditanya, tiada bukti yang hadis tersebut sahih. ini boleh menimbulkan salah faham.
Terima kasih.
Waalaikumussalam
DeleteStatus hadith telah tersedia seperti dikemukakan di bahagian "takhrij" , harap dapat baca/semak semula perlahan2 takut terlepas pandang. Memandang kan laman ini intinya adalah takhrij hadith, maka kesemua (insyaAllah) hadith2 yang diletakkan dalam laman ini telah dinyatakan statusnya sekali.
Sekalipun hadith ini sahih, seseorang yang ingin berubat dengannya, mestilah merujuk kepada ahli nya (samaada perubatan atau pakar farmakognosi) sebelum mengambilnya, bukan semata-mata lepas baca hadith terus amal.
Kerana kita perlukan maklumat takarannya, indikasinya dll. Dan semua maklumat ini mestilah didapatkan/ditanyakan pada ahlinya.
Bukan bersebarangan seperti kita lihat dalam masyarakat kita yang menggunakannya atau turut mengkomersilkan dengan menggunapakai cop 'SUNNAH' tetapi praktisnya tidak sunnah.