Hadith
أفما ترضى إحداكن أنها إذا كانت
حاملا من زوجها وهو عنها راض أن لها مثل أجر الصائم القائم في سبيل الله ، فإذا
أصابها الطلق لم يعلم أهل السماء وأهل الأرض ما أخفي لها من قرة أعين ، فإذا وضعت
لم يخرج منها جرعة من لبنها ، ولم يمص مصة ، إلا كان لها بكل جرعة وبكل مصة حسنة ،
فإن أسهرها ليلة كان لها مثل أجر سبعين رقبة تعتقهن في سبيل الله. سلامة ! تدري
لمن أعني بهذا ؟ للمتعففات الصالحات المطيعات لأزواجهن ، اللواتي لا يكفرن العشير
Terjemahan
Rasulullah SAW
bersabda:
" Apalah kamu
tidak rela, salah seorang dari kamu, wahai sekalian wanita, bahawa jika ia
hamil dari suaminya, sedangkan suaminya redha padanya, maka ia akan memperoleh
pahala, seperti pahala orang yang berpuasa yang sedang berjuang fi sabilillah.
Dan jika dia merasa kesakitan (ketika melahirkan), maka ia akan mendapatkan
pahala yang penduduk langit dan bumi belum pernah melihat pahala yang
disediakan untuknya dari pandangan mata yang menyenang-kan. Dan jika ia
melahirkan, maka tiadalah keluar seteguk susunya yang kemudian anaknya
menghisap susunya, melainkan setiap titisan susunya tersebut akan berpahala
satu kebaikan. Dan jika ia tidak dapat tidur semalam suntuk (kerana anaknya),
maka baginya pahala seperti memerdekakan 70 hamba sahaya dijalan Allah dengan
penuh keikhlasan."
Takhrij
HR. At-Thabarani
dalam Mu'jam al-Awsath, Bab Man Ismuhu Muhammad, dari Anas bin Malik, no. 6733.
Dihukum palsu oleh
al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2055.
Dihukum palsu oleh
Ibnu Jauzi dalam al-Maudhu'at 3/74.
Dihukum palsu oleh
Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/34.
Rujukan
Fatwa Soal Jawab
Islam no. 121557.
No comments:
Post a Comment