Matan Hadith
أَذِيبوا طعامَكم بذِكْرِ اللهِ
والصَّلاةِ، ولا تناموا عليه فتقسُوَ قلوبُكم
Terjemahan
"Cairkan makanan
kalian dengan zikir kepada Allah swt. dan solat, serta janganlah kalian
langsung tidur setelah makan sahur, kerana membuat hati kalian menjadi
keras".
Takhrij
HR. Thabarani di
dalam Mu'jam al-Awsath no. 4952, dan Baihaqi di dalam Syuabul Iman no. 6044
dari Aisyah.
Ibnu Jauzi berkata
hadith ini palsu di dalam al-Maudhu'at 3/253-254.
Al-Albani menilai
hadith ini palsu di dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 115.
As-Syaukani juga
menilai hadith ini palsu di dalam al-Fawaid Majmu'ah fi al-Hadith al- Maudhuah
no. 156.
Al-Baihaqi berkata
hadith ini munkar di dalam Syuabul Iman 5/2082.
Ibnu 'Adi menilai
hadith ini munkar di dalam al-Kamil fi al-Dhu'fa' 2/242
Az-Zahabi pula
berkata di dalam at-Tartib al-Maudhu'at terdapat perawi yang ditinggalkan
(matruk) Bazi' Abu al-Khalil.
At-Thabarani
mendhaifkannya di dalam Mu'jam al-Awsath 5/163.
As-Suyuthi
mendhaifkannya di dalam Jami' as-Saghir no. 901.
Al-Iraqi mendhaifkan
isnadnya dibdalam Takhrij al-Ihya' 3/118.
Ibnu Hajar
al-Asqhalani berkata di dalam Futuhat al-Rabbaniyyah 5/265, hadith ini tiada
asal walaupun maknanya sahih.
No comments:
Post a Comment