Takhrij

Saturday, 12 October 2019

Kisah dialog Nabi Musa ah dan Allah swt berkenaan amal yang disukaiNya


AMAL MANAKAH PALING DISUKAI ALLAH?

Nabi Musa a.s bertanya "Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?

ALLAH swt berfirman, "Solatmu itu untukmu sendiri, kerna dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar.."

ZIKIR ?
Zikirmu itu membuat hatimu menjadi tenang.

PUASA ?
Puasamu itu melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu.

Nabi Musa a.s bertanya lagi : "Lalu apa ibadahku yg membuat Mu senang Ya Allah?"

ALLAH swt beefirman "SEDEKAH INFAQ dan ZAKAT serta AHLAQUL KARIMAH mu. Itulah yg membuat AKU senang, kerna tatkala engkau membahagiakan orang yg sedang susah, AKU hadir disampingnya. Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali" (Al-Baqarah: 261-262)

Artinya... Bila kita sibuk dengan ibadah ritual, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah..Tapi bila kau berbuat dan berkorban utk orang lain, bersedekah, infaq, berzakat untuk orang lain serta risau hatimu kepada orang lain, maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah sukai. Amal jariah itulah sebenarnya rahsia yang akan membuat kematianmu menjadi amat mudah dan melapangkan kuburanmu.


Takhrij

Ia adalah sebuah khabar, yang dinukilkan oleh Imam al-Ghazali dalam Mukasyafatul Qulub hal 43-44, tanpa sanad.

Ibnu Mubarak meriwayatkan: Sanad adalah sebahagian dari agama, seandainya tanpa sanad seseorang boleh berkata sekehendak hati’. (Sahih Muslim, 1/87).

Kitab Mukasyafatul Qulub sendiri termasuk kitab bermasalah, kerana banyak berisi hadith-hadith palsu, tanpa sanad, dhaif dan khabar yang tidak jelas.

Abu Ishaq Al-Huwaini berkata bahawasanya kitab ini tidak layak dipelajari kerana banyak hadith-hadith yang tidak jelas.


Rujukan


No comments:

Post a Comment