Matan hadith
لَا عَدْوَى وَلَا طِيَرَةَ وَلَا غُولَ
Terjemahan
”Tidak ada penyebaran penyakit(secara
tabi’i),tidak ada kesialan dalam bulan safar bahkan tidak ada Ghul (Syaitan yang
boleh menyerupai dalam pelbagai bentuk untuk menyesatkan manusia).”
HR. Muslim no. 2222, Ibnu Hibban no. 6128, Ahmad no. 15103
Majoriti ulama berkata, "Dahulunya orang-orang
Arab menganggap bahawa syaitan-syaitan Ghul berada di padang pasir. Ghul adalah
salah satu jenis syaitan. Dia menampakkan diri kepada manusia dan berubah-ubah
bentuk, lalu dia membuat mereka tersesat di jalan dan akhirnya membinasakan
mereka. Maka Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam pun menyatakan hal tersebut
adalah salah." Ulama yang lain berkata, "Yang dimaksud dengan hadith
itu bukanlah penafian keberadaan syaitan Ghul. Namun maksudnya adalah
menyalahkan apa yang diyakini oleh orang-orang Arab, bahawa syaitan Ghul dapat
berubah-ubah bentuk dan dapat membinasakan manusia. Ghul tidak mampu
menyesatkan seorang pun. Ia hanyalah para tukang sihir dari golingan jin yang
memiliki kemampuan menyamar dalam rupa yang disukainya dan memberikan halusinasi
kepada manusia. maka hilangkanlah kejahatan mereka itu dengan berzikir kepada
Allah ta'ala. (Syarah Sahih Muslim 10/528-529, edisi terjemah Darus Sunnah,
Tangerang).
No comments:
Post a Comment