Takhrij

Sunday, 3 November 2019

Adakah taubat bagi pelaku bidaah?

Matan hadith


إِنَ اللهَ حَجَبَ التَّوْبَةَ عَنْ كُلِّ صَاحِبِ بِدْعَةٍ حَتَّى يَدَعْ بِدْعَتَهُ


Terjemahan

“Sungguh Allah menghalangi taubat dari setiap pelaku bidaah sampai ia meninggalkan bidaahnya”


Takhrij

HR. at-Thabarani dalam Al-Ausath no. 4334, dari Anas bin Malik. Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih at- Targhib wa At Tarhib no. 54 dan al-Haitami al-Makki dalam al-Zuwajir 1/99. as-Safarini dalam Lawaih al-Anwar al-Saniah 1/203 pula menilai sandanya hasan.



Matan hadith


إِنَّ اللهَ حَجَزَ التَّوْبَةَ عَنْ كُلِّ صَاحِبِ بِدْعَةٍ

Terjemahan

Sesungguhnya Allah mencegah setiap pelaku bidaah dari taubat


Takhrij

HR. Abu Syaikh dalam Tarikh Asbahan hal. 259, At-Thabarani dalam  Mu’jamul Ausath no. 4360, dari Anas bin Malik. Hadits ini dinyatakan shahih oleh Sayyid ‘Alawi Assaqqaf dalam Mukhtasar Al I’tisham hal 35. Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1620 berkata: Sanad (hadits) ini sahih dan perawinya perawi terpercaya, perawi-perawi sahihain kecuali Harun Bin Musa. Juga disahihkan oleh Sayyid ‘Alawi As-Saqqaf dalam Mukhtasar Al I’tisham hal. 35.


As Safarini mengatakan:

وَتَوْبَةُ الْمُبْتَدِعِ أَنْ يَعْتَرِفَ بِأَنَّ مَا عَلَيْهِ بِدْعَةٌ

“Yang dimaksud taubatnya pelaku bidaah adalah ia mengakui apa yang dilakukannya adalah bidaah” (Ghazaul Albab Syarh Manzhumatul Adab, hal. 581).

Sufyan at-Tsauri berkata:

البدعة أحب إلى إبليس من المعصية المعصية يتاب منها والبدعة لا يتاب منها

“Bidaah itu lebih disukai Iblis dibandingkan dengan maksiat biasa. Kerana pelaku maksiat itu lebih mudah bertaubat. Sedangkan pelaku bidaah itu sulit bertaubat” (Diriwayatkan oleh Ibnu Ja’d dalam Musnadnya no. 1809 dan Ibnul Jauzi dalam Talbis Iblis hal 22).

Imam Ahmad ketika ditanya mengenai makna hadith di atas, beliau menjawab:

لَا يُوَفَّقُ, وَلَا يُيَسَّرُ صَاحِبُ بِدْعَةٍ

“Maksudnya: ia tidak mendapatkan taufik, pelaku bidaah tidak dipermudah untuk bertaubat” (Ghadzaul Albab Syarh Manzhumatul Adab, hal. 582).

Ini kerana pelaku bidaah senantiasa dibutakan dan  menganggap bidaahnya itu baik dan qurbah (upaya mendekatkan diri kepada Allah) sehingga sama sekali ia lalai untuk bertaubat.

Namun pelaku bidaah tetap masih mempunyai kesempatan untuk bertaubat selama nyawa belum sampai di kerongkongnya. Imam Syathibi berkata:

إذ لا يبعد أن يتوب عما رأى, ويرجع إلى الحق, كما نقل عن عبد الله بن الحسن العنبري, وما نقلوه في مناظرة ابن عباس الحرورية الخارجين على علي – رضي الله عنه – وفي مناظرة عمر بن عبد العزيز لبعضهم, ولكن الغالب في الواقع الإصرار

“Maka pelaku bidaah tidak mustahil dari bertaubat terhadap apa yang ia yakini. Sebagaimana dinukil dari Abdullah bin Al-Hasan Al-Anbari dan yang dinukil para ulama dari kisah perdebatan antara Ibnu Abbas dan kaum Haruriyah (Khawarij) yang memberontak kepada Ali radhiallahu’anhu. Dan juga dalam perdebatan Umar bin Abdil Aziz kepada sebahagian Khawarij. Namun secara u
mumnya pelaku bidaah itu berdegil pada bidaahnya” (Al I’tisham, hal. 164).

No comments:

Post a Comment