Matan hadith
عن عائشة أم المؤمنين قلتُ: يا رسولَ اللهِ، بأيِّ شيءٍ يتفاضَلُ الناسُ في الدنيا؟ قال: بالعقلِ قلتُ: ففي الآخرةِ؟ قال: بالعقلِ قالتْ: قلتُ: إنما يُجزَونَ بأعمالِهم، فقال: وهل عمِلوا إلا بقدرِ ما أعطاهم اللهُ تعالى منَ العقلِ، فبقدرِ ما أُعطوا منَ العقلِ كانتْ أعمالُهم بقدرِ ما عمِلوا يُجزَونَ
Terjemahan
Dari 'Aisyah ra. bahawa 'Aisyah mengatakan : "Aku bertanya :
"Wahai Rasulullah! Dengan apakah manusia memperoleh kelebihan di
dunia?". Menjawab Nabi صلى الله عليه وسلم "Dengan akal!". Lalu aku bertanya
lagi: "Di akhirat?". Menjawab Nabiصلى الله عليه وسلم.: "Dengan akal!" Bertanya aku
lagi : "Bukankah mereka dibalas dengan sebab amal nya?". Menjawab
Nabiصلى الله عليه وسلم.: "Hai 'Aisyah! Adakah
mereka itu beramal, selain sekedar akal yang dianugerahkan Tuhan kepadanya?
Maka menurut kadar akal yang diperoleh mereka, begitulah adanya amal mereka.
Dan menurut kadar amal itu, mereka diberi balasan'.
Takhrij
HR. al-Haris dalam Musnadnya no. 823 dan Ibn Mujbar, al-Hakim al-Tirmidzi dalam Nawadir seperti
disebut dalam Ihya Ulumuddin 1/84.
Ibnu Hajar al-Asqhalani menilai hadith ini maudhu' dalam Mathalib
al-'Aliyah 3/207.
al-Busiri dalam Ithaf al-Khairah al-Maharah 6/21, menilai hadith ini
dhaif.
No comments:
Post a Comment