Takhrij

Friday, 8 November 2019

Hadith menjaga pandangan terhadap wanita


Matan hadith


النَّظْرَةُ سَهْمٌ مِنْ سِهَامِ إِبْلِيسَ مَسْمُومَةٌ فَمَنْ تَرَكَهَا مِنْ خَوْفِ اللَّهِ أَثَابَهُ جَلَّ وَعَزَّ إِيمَانًا يَجِدُ حَلَاوَتَهُ فِي قَلْبِهِ


Terjemahan

”Memandang wanita adalah panah beracun dari berbagai macam panah iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya yang terasa manis baginya”.


Takhrij

HR. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak no. 7875, dari Huzaifah bin Yaman, didhaifkan oleh az-Zahabi dalam Mizan 'Itidal 1/194. Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif jiddan.




Matan hadith

النَّظرةُ سَهمٌ مِن سِهامِ إبليسَ مَسمومٌ، مَن تَرَكَها مَخافتي، أبدَلتُه إيمانًا يَجِدُ له حَلاوتَه في قَلبِه


Terjemahan

Memandang wanita adalah panah beracun dari berbagai macam panah iblis. Barangsiapa meninggalkannya kerana takut kepada Allah Azza wa Jalla, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya yang akan didapati kelazatannya di dalam hatinya.


Takhrij

HR. Ahmad 36/611 dan at-Thabarani 10/214, dari Ibnu Mas'ud, didhaifkan oleh Syeiklh al-Arnauth.

No comments:

Post a Comment