Matan hadith
من صلى علي فى يوم مائة مرة قضى الله له
مائة حاجة :سبعين منها لآخرته وثلاثين منها لدنياه
Terjemahan
Barang siapa berselawat
seratus kali dalam sehari maka Allah
menunaikan seratus hajatnya. Tujuh puluh untuk hajat akhiratnya dan
tiga puluh untuk hajat dunianya.
Takhrij
HR. Ibnu Najar dari Jabir
seperti mana disebutkan dalam Kanzul Ummal no. 2229 dari Anas bin Malik ra. As-Suyuti dalam dalam kitab Da’ie al-Falah no. 92
menisbahkan riwayat hadith ini kepada al-Mustaghfiri. Tetapi sanad hadith ini
tidak ditemui dari Ibnu Najjar dan al-Mustaghfiri. Tetapi datang dari Ahmad bin
Musa al-Hafiz seperti yang dinaqalkan oleh as-Shakhawi dalam Qaul Badi’ hal.
169. As-Shakawi
dan Ibnu Hajar (Lisanul Mizan 1/321) mendhaifkan sanad hadith ini, kerana
perawi bernama Ibrahim Ibn As’ath adalah munkarul hadith.
Sanad kedua dari Jabir
juga munkar kerana perawi bernama Abu Bakar al-Hudhali al-Basri. An-Nasaie
berkata dia matrukul hadith.
Ali al-Madini berkata dia dhaif dan laisa bi
syai’, dan ulama’ jarh wa ta’dil bersepakat atas kedhaifan beliau (Tahdzibut
Tahdzib 12/46).
Ibn Baz menilai hadith
ini tiada asal (Majmu Fatawi 8/314).
Fatwa Syabakah Islamiyah
menilai hadith ini tiada asal.
Syeikh Abdul Rahman
al-Sahim menilai hadith ini tiada asal.
Syeikh Thariq A’atif
menilai sanadnya tidak diketahui (Syabakah Alukah no. 97536)
As-Shakhawi dalam
al-Ajwabah 3/947, berkata hadith ini
mempunyai syawahid hadith selawat hari Jumaat dari Annas bin Malik seperti
diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/111, Ibnu ‘Asakir dalam
Tarikh Dimasyq 54/301 dan Ibnu Mandah dalam Fawaid hal. 82.
Uqaili dalam
Dhua’fa (3/200), menilai hadith Anas tersebut batil dan tiada asal kerana
terdapat perawi yang bermasalah banyak meriwayatkan hadith-hadith batil dan
tiada asal bernama Hikaamah, dan Uthman bin Dinar dinilai Ibnu Hibban sebagai
tidak ada apa-apa. Ibnu Hajar berkata, Uthman bin Dinar abang kepada Malik bin
Dinar dan ayah kepada Hikaamah juga tiada apa-apa (la syai’) dan hadith ini
satu khabar dusta (Lisanul Mizan 4/140).
Kesemua jalan (dari Jabir
mahupun Anas) tidak terlepas dari perawi-perawi yang dijarh berat oleh ulama
(munkarul hadith, matrukul hadith, periwayat hadith batil dan tiada asal,
dusta). Menyebabkan hadith ini berstatus sangat lemah dan munkar.
Rujukan
https://islamqa.info/en/answers/134465/are-these-hadeeths-saheeh
No comments:
Post a Comment