Takhrij

Thursday, 7 November 2019

Hadith turunnya 4 wanita mulia ketika peristiwa kelahiran baginda Nabi saw


Matan hadith


قال الواقدي رحمه الله : لما كان أول ليلة من ربيع الأول حصل لأمه منه السرور والهنا ، وفي الليلة الثانية بشرت بنيل المنى ، وفي الليلة الثالثة قيل لآمنة : يا آمنة حان وقت من يقوم بحمدنا وبشكرنا ، وفي الليلة الرابعة سمعت آمنة تسبيح الملائكة معلنا ، وفي الليلة الخامسة رأت آمنة في منامها الخليل وهو يقول : أبشري بهذا النبي الجليل صاحب النور والبهاء والفضل والعز والثناء ، وفي الليلة السادسة ظهرت الأنوار في الأقطار لصاحب المدح والثناء ، وفي الليلة السابعة حجت الملائكة بيت آمنة فما فتر عنها الفرح ولا ونا ، وفي الليلة الثامنة نادى لسان الفرح والسرور والهنا وقال : قد قرب ميلاده ودنا ، وفي الليلة التاسعة نادى منادي اللطف من ساحة العطف فزال عنها الهم والعنا ، وفي الليلة العاشرة استبشر الخيف ومنى ، وفي الليلة الحادية عشر تباشر بميلاده أهل الأرض والسماء ، وفي الليلة الثانية عشرة قالت آمنة وكانت ليلة مقمرة وليس فيها ظلام وكان عبد المطلب قد أخذ أولاده وانطلق نحو الحرم يصلح ما تهدم من جدرانه ولم يبق عندي أحد لا أنثى ولا ذكر فبكيت على وحدتي وقلت : وا وحدتاه لا امرأة تعضدني ولا خل يؤانسني ولا جارية تسندني ، قالت آمنة : ثم نظرت إلى ركن المنزل فإذا هو قد انشق وخرج منه أربع نسوة طوال كأنهن الأقمار وقد غشيتها الأنوار متأزرات بأزر بيض يفوح المسك من أرديتهن كأنهن من بنات عبد مناف فتقدمت الأولى منهن وقالت : من مثلك يا آمنة وقد حملت بسيد البشر وفخر ربيعة ومضر ثم جلست عن يميني ، فقلت لها : من أنت ؟ قالت : أنا حواء أم البشر رضي الله عنها ، ثم تقدمت الثانية منهن وقالت : من مثلك يا آمنة وقد حملت بالطهر الطاهر والعلم الزاهر والبحر الزاخر والنور الباهر والسر الظاهر ثم جلست عن شمالي ، فقلت لها : من أنت ؟ قالت : أنا سارة امرأة الخليل رضي الله عنها ، ثم تقدمت الثالثة منهن وقالت : من مثلك يا آمنة وقد حملت بالحبيب الأسنى صاحب المدح والثنا ثم جلست من وراء ظهري ، فقلت لها : من أنت ؟ قالت : أنا آسية بنت مزاحم رضي الله عنها ثم تقدمت الرابعة منهن وهي أكثرهن هيبة وأحسنهن بهجة وقالت : من مثلك يا آمنة وقد حملت بصاحب البراهين والمعجزات والآيات والدلالات سيد أهل الأرض والسموات عليه من الله تعالى أفضل الصلوات وأكمل التسليمات ثم جلست بين يدي وقالت : يا آمنة ألقي بنفسك علي وميلي بكلك إلي ، فقلت لها : من أنت ؟ قالت : أنا مريم بنت عمران رضي الله عنها نحن داياتك وقوابل المصطفى صلى الله عليه وسلم ، قالت آمنة : فاستأنست بهن وجعلت أنظر إلى الأشباح وهم يدخلون علي أفواجاً ونظرت إلى منزلي فإذا هو قد اعتكر علي بأصوات مشتبهات ولغات مختلفات الغالب عليها السريانية ، قالت آمنة : ثم نظرت في تلك الساعة فإذا الشهب يتطايرون يميناً وشمالاً ثم إن الله الكريم أمر الأمين جبرائيل عليه السلام ، أن يا جبرائيل صف راح الأرواح في أقداح الشراب ، يا رضوان زين الكواعب الأتراب وافتح نوافح المسك الزكية لظهور محمد سيد البرية ، يا جبرائيل انشر سجادات القرب والوصال لصاحب النور والرفعة والاتصال ، يا جبرائيل مر مالكاً أن يغلق أبواب النيران ، يا جبرائيل قل لرضوان أن يفتح أبواب الجنان ، يا جبرائيل البس حلة الرضوان ، يا جبرائيل اهبط إلى الأرض بالملائكة الصافين والمقربين والكروبيين والحافين ، يا جبرائيل ناد في السموات والأرض في طولها والعرض قد آن أوان اجتماع المحب والمحبوب والطالب بالمطلوب ، فامتثل الأمين جبرائيل عليه السلام ما أمره الرب الجليل جل جلاله وأوقف الملائكة على جبال مكة وأحدقوا بالحرم وأجنحتهم كأنها سحابة بيضاء كافورية فترنمت الأطيار وحنت الوحوش من القفار كل ذلك بأمر الملك الجليل الجبار ، قالت آمنة : فكشف الله عن بصري فرأيت قصور بصرى من أرض الشام ورأيت ثلاثة أعلام منصوبات علماً بالمشرق وعلماً بالمغرب وعلماً على سطح الكعبة ، قالت آمنة : فبينما أنا كذلك وإذا أنا بطائفة من الطيور مناقيرهم حمر كالذهب الأحمر وأجنحتهم كالجوهر الأبهر فنثروا في حجرتي لؤلؤاً ومرجاناً ثم وقفت الطيور يسبحون الله تعالى حولي وأنا أطلق ساعة بعد ساعة والملائكة تتنزل علي أفواجاً أفواجاً وبأيديهم مباخر من ذهب أحمر وفضة بيضاء وأطلقوا الند والعود والعنبر والبخور ورفعوا أصواتهم بالصلاة والسلام على الرسول المكرم والحبيب المفخم صلى الله عليه وسلم وشرف وعظم ، قالت آمنة : وانتشر القمر فوق رأسي كالخيمة واصطفت النجوم على رأسي كالقناديل البهية وإذا أنا بشربة بيضاء كافورية أشد بياضاً من اللبن وأحلى من السكر والعسل وأبرد من الثلج وكان قد لحقني عطش شديد فتناولتها وشربتها فلم أجد شيئاً ألذ منها وأضاء علي منها نور عظيم ثم نظرت وإذا أنا بطير أبيض قد دخل علي في حجرتي ثم مر بجناحيه على فؤادي


Terjemahan


Bahawa sesungguhnya pada bulan kesembilan kehamilan Sayyidah Aminah (bulan Rabi’ul Awwal), saat hari-hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad sudah semakin dekat, Allah SWT semakin melimpahkan berbagai macam anugerahnya kepada Sayyidah Aminah, mulai malam tanggal satu hingga malam tanggal 12 Bulan Rabi’ul Awwal malam kelahiran Baginda Rasulullah Muhammad SAW;

Pada malam tanggal 1 Allah SWT melimpahkan segala kedamaian dan ketenteraman yang luar biasa kepada Sayyidah Aminah, sehingga Beliau merasakan ketenangan dan kesejukan jiwa yang belum pernah dirasakan sebelumnya.

Pada malam tanggal 2 datang seruan berita gembira kepadanya bahawa sebentar lagi dirinya akan mendapati anugerah agung yang luar biasa dari Allah SWT.

Pada malam tanggal 3 datang seruan memanggil kepadanya…”Wahai Aminah, sudah dekat saatnya Engkau akan melahirkan Nabi Agung Rasulullah Muhammad SAW yang senantiasa memuji dan bersyukur kepada Allah SWT”.

Pada malam tanggal 4 Sayyidah Aminah mendengar beraneka ragam tasbih para malaikat secara nyata dan sangat jelas sekali.

Pada malam tanggal 5 Sayyidah Aminah mimpi bertemu dengan Nabiyyullah Ibrahim AS Khalilullah.

Pada malam tanggal 6 Sayyidah Aminah melihat cahaya Rasulullah SAW memenuhi segala penjuru alam semesta.

Pada malam tanggal 7 Sayyidah Aminah melihat para malaikat silih berganti saling berdatangan mengunjungi kediamannya membawa kabar gembira, sehingga kebahagiaan dan kedamaiannya semakin memuncak.

Pada malam tanggal 8 Sayyidah Aminah mendengar seruan memanggil dimana-mana, suara tersebut sangat jelas mengumandangkan….”Berbahagialah wahai seluruh penghuni alam semesta, telah dekat saat kelahiran Nabi Agung Kekasih Allah SWT Pencipta alam semesta..”

Pada malam tanggal 9 Allah SWT semakin mengucurkan limpahan Belas Kasih Sayangnya kepada Sayyidah Aminah, sehingga tidak ada sedikitpun rasa sedih, susah atau sakit dalam diri dan jiwa Sayyidah Aminah.

Pada malam tanggal 10 Sayyidah Aminah melihat tanah Khaif dan Mina ikut bergembira ria menyambut kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW .

Pada malam tanggal 11 Sayyidah Aminah melihat seluruh penghuni langit dan bumi ikut bersuka cita menanti kelahiran Nabi Besar Muhammad SAW.

Maka, pada malam 12 Bulan Rabi’ul Awwal, langit dalam keadaan cerah tanpa ada mendung sedikitpun, saat itu Sayyid Abdul Muthalib sedang bermunajat kepada Allah SWT di sekitar Ka’bah, dan Sayyidah Aminah sendirian di rumah, tanpa ada seorangpun yang menemaninya, tiba-tiba Beliau Sayyidah Aminah melihat tiang rumahnya terbelah, dan perlahanan-lahan muncul empat wanita yang sangat anggun nan cantik jelita dan diliputi cahaya yang memancar berkemilauan serta semerbak harum wewangian memenuhi seluruh ruangan. Tiba-tiba wanita pertama datang dan berkata kepada Sayyidah Aminah;

………”Sungguh, berbahagialah engkau wahai Aminah. Tidak ada di dunia ini wanita yang mendapati kemuliaan dan keberuntungan seperti engkau. Sebentar lagi engkau akan melahirkan Nabi Agung junjungan alam semesta Baginda Nabi Muhammad SAW. Kenalilah olehmu sesungguhnya aku ini adalah Hawwa’ Ibunda seluruh umat manusia. Aku diperintahkan Allah SWT untuk menemanimu….

Kemudian Ibu Hawwa’ duduk di samping kanan Sayyidah Aminah. Dan mendekat lagi wanita yang kedua kepada Sayyidah Aminah untuk menyampaikan khabar gembira kepadanya;

………”Sungguh, berbahagialah engkau wahai Aminah. Tidak ada di dunia ini wanita yang mendapati kemuliaan dan keberuntungan seperti engkau. Sebentar lagi engkau akan melahirkan Baginda Nabi Muhammad SAW, seorang Nabi Agung yang dianugerahi Allah SWT kesucian yang sempurna pada diri dan kepribadiannya. Nabi Agung yang ilmunya sebagai sumber seluruh ilmunya para Nabi dan para kekasihnya Allah SWT. Nabi Agung yang cahayanya meliputi seluruh alam. Dan ketahuilah olehmu wahai Aminah, sesungguhnya aku ini adalah Sarah isteri Nabiyyullah Ibrahim As, aku diperintahkan Allah SWT untuk menemanimu.”

Kemudian Sayyidah Sarah duduk di sebelah kiri Sayyidah Aminah. Maka, wanita ketiga pun kemudian mendekat dan menyampaikan berita gembira kepadanya;

………”Sungguh, berbahagialah engkau wahai Aminah. Tidak ada di dunia ini wanita yang mendapati kemuliaan dan keberuntungan seperti engkau. Sebentar lagi engkau akan melahirkan Nabi Agung Baginda Nabi Muhammad SAW Kekasih Allah SWT yang paling agung, dan insan sempurna yang paling utama mendapati pujian dari Allah SWT dan dari seluruh makhuk-Nya. Perlu engkau ketahui sesungguhnya aku adalah Asiyah binti Muzahim yang diperintahkan Allah SWT untuk menemanimu”.

Kemudian sayyidah Asiyah binti Muzahim tersebut duduk di belakang Sayyidah Aminah. Sejenak Sayyidah Aminah semakin kagum, karena wanita yang ke empat adalah lebih anggun berwibawa dan memiliki kecantikan luar biasa. Kemudian mendekat kepada Sayyidah Aminah untuk menyampaikan khabar gembira;

………”Sungguh, berbahagialah engkau wahai Aminah. Tidak ada di dunia ini wanita yang mendapati kemuliaan dan keberuntungan seperti engkau. Sebentar lagi engkau akan melahirkan Nabi Agung Baginda Nabi Muhammad SAW yang dianugerahi Allah SWT berbagai macam mukjizat yang sangat agung dan sangat luar biasa, Beliaulah junjungan seluruh penghuni langit dan bumi, hanya untuk Beliau semata segala bentuk Sholawat (Rahmat Ta’dzhim) Allah SWT dan Salam Sejahtera-Nya yang sempurna. Ketahuilah olehmu wahai Aminah, sesungguhnya aku adalah Maryam Ibunda Nabiyyullah Isa AS. Kami semua ditugaskan Allah SWT untuk menemanimu demi menyambut kehadiran Baginda Rasulullah Muhammad SAW.

Kemudian Sayyidah Maryam Ibunda Nabiyyullah Isa AS duduk mendekatkan diri di depan Sayyidah Aminah. Maka, keempat wanita suci mulia nan agung di sisi Allah SWT tersebut kemudian merapat dan mengelilingi diri Ibunda Rasulullah Muhammad SAW Sayyidah Aminah Binti Wahab, sehingga Ibunda Rasulullah SAW semakin memuncak rasa kedamaian dan kebahagiaan dalam jiwanya. Kebahagiaan dan keindahan yang dialami oleh Ibunda Rasulullah SAW saat itu, tidak bisa terlukiskan dengan kata-kata. Dan peristiwa demi peristiwa yang sangat agung, semakin Allah SWT limpahkan demi penghormatan besar kepada Baginda Rasulullah Muhammad SAW.

Keajaiban berikutnya adalah Sayyidah Aminah melihat sekelompok demi sekelompok manusia bercahaya saling berdatangan silih berganti memasuki ruangan Sayyidah Aminah dan mereka memanjatkan puja puji dan tasbih kepada Allah SWT dengan berbagai macam bahasa yang berbeza-beza.

Detik berikutnya adalah Sayyidah Aminah melihat atap rumahnya terbuka dan terlihat oleh Beliau berbagai macam bintang-bintang di angkasa raya yang sangat indah berkilauan yang saling berterbangan di langit ke segenap penjuru angkasa yang sangat cerah dipenuhi cahaya.

Maka, detik berikutnya adalah Allah SWT perintahkan kepada Malaikat Ridhwan penjaga syurga agar mengetuai semua bidadari syurga supaya berdandan rapi cantik jelita dan memakai segala macam bentuk perhiasan kain sutera dengan bermahkotakan emas, intan permata yang gemerlapan dan menebarkan wewangian syurga yang harum semerbak ke segala arah demi menyambut kedatangan Baginda Nabi Muhammad SAW dan panjang lagi…..



Takhrij

HN. Al-Imam Syihabuddin Ahmad bin Hajar Al-Haitami Asy-Syafi’i di kitabnya An-Ni’matul Kubra ‘Alal ‘Aalam hal. 61-64, cetakan Istanbul.

Sebahagian matan (Turunnya Asiyah dan Maryam…) juga dijumpai dalam Kitab Barzanji hal. 77-79 karangan Syeikh Ja’far barzanji dari kitab Majmu’atu Mawalid wa Ad’iyyah dan Simthu ad-Durar, Syairke-3, karya Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi.

Kisah ini adalah kisah yang lemah dan dusta sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama hadith. (Sirah Nabawiyyah Sahihah 1/97-100)

Rashid Ridha dalam Fatawanya 2/439-440, no. 180 mengulas cerita-cerita yang disampaikan oleh pemuka agama berkenaan kisah maulud (kelahiran) Nabi saw termasuk kisah yang ditokok tambah yang terdapat dalam  rakyat Mesir dan tidak dapat dibuktikan sanad dan pengarangnya. Dan orang yang menyusun cerita maulud itu, penuh mengandungi sumber yang palsu dan tidak sesuai. Dan cerita itu termasuklah Siti Aminah ibunda Nabi SAW didatangi Aisyah (isteri firaun), Mariam, Siti Sarah untuk mengucapkan tahniah akan kelahiran rasul akhir zaman. Dan beliau menanggap penggunaan sumber-sumber palsu tanpa saringan ini sesuatu yang berbahaya dan memberi impak yang merosakkan (Rashid Ridha, Muqaddima, hal. 30).

Shahabuddin Ahmad bin Ahmad berkata ia tidak mengetahui akan asal hadith tersebut (Mawaqib Rabi’ fi Maulud Syafii’ Sallallahu Alaihi Wasallam hal. 248).

PM Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam Travelog Minda Tajdid: Catatan Dari Tanah Barat, hal. 116 berkata tidak ada satu pun riwayat yang sahih daripada Nabi saw mengaku akan kejadian ini.

Satu kajian terperinci ke atas Kitab Barjanzi menunjukkan, bahawasanya pengarang kitab telah memberi interpretasi melampau dalam sesuatu isu seperti mukjizat, Maulud Nabi saw dan doa dalam kitabnya (Fadhil Munawar, 2017). Dan bacaan serta amalan di dalam kitab ini telah diakui sebagai  bidaah dikalangan umat Islam seperti yang difatwakan oleh Fatawa Ash-Shabakah Al-Islamiyyah 8/147.

Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan Alu Salman hafizhahullah mengulas akan isu seputar Maulud Nabi saw:
Ini merupakan kedustaan kepada Rasulullah yang hanya dibuat-buat oleh para ahlul bid’ah. Dan hadith-hadithnya tidak diketahui sanadnya” (Isu ini dijawab beliau pada hari Rabu 6 Muharam 1423 H, sebelum solat Zuhur di Masjid al-Irsyad, Surabaya).

Manakala, Muhammad al-Basyir al-Azhari, beliau mengatakan “Di antara hadith-hadith yang banyak berbau dusta adalah kisah-kisah tentang maulid Nabi” (Tahdzirul Muslimin Minal Ahadits al-Maudhu’ah ‘ala Sayyidil Mursalin hal. 87).

Seorang pengkaji sejarah Muhammad Muhammad Hasan Syurrab berkata kita wajib berhati-hati ketika memetik peristiwa daripada buku-buku sirah terutamanya buku-buku sirah terkemudian. Para perawinya banyak menokok nambah cerita dan sirah  Rasulullah saw dengan mengaitkan dengan perkara-perkara luar biasa dan mukjizat sejak lahir sehingga kewafatan baginda dengan tanpa ada suatu sanad yang dapat dipegang (Fi Usul Tarikh al-Arab al-Islami, hal. 84).





Rujukan

Fatwa Soaljawab Islam no. 241685.

Fatwa Islamweb no. 15215.

Mausu’ah al-Fatwa no. 182

Irsyad al-Hadith no. 3, Mufti Wilayah Persekutuan

The Birth of the Prophet Muhammad SAW: Devotional Piety in Sunni Islam by Marion Holmes Katz, 2007. London

Fadlil, M. M. 2017. Interpretation and Overinterpretation of Ja’far Ibn Hasan Al-Barzanji’s Mawlid Al-Barzanji. Humaniora, 29(3); 316-326.

No comments:

Post a Comment