Takhrij
▼
▼
Saturday, 14 March 2020
Doa melepaskan pakaian
Beredar video tular akan doa melepaskan pakaian. Dibawah adalah takhrij bagi doa seperti yang disebutkan oleh ustaz tersebut:
Yang sahih adalah seperti diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi cukup sekadar membaca:-
بسم الله
Matan hadith
ستر ما بين أعين الجن وعورات بني آدم إذا وضع أحدهم ثوبه أن يقول بسم الله
Terjemahan
Penghalang antara pandangan mata jin dan aurat bani Adam ketika salah seorang kalian meletakkan pakaiannya ialah dia membaca Bismillah.
Takhrij
HR. Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 7/128, dan Tirmidzi dalam Nuwadir al-Ushul no. 469 daripada Anas bin Malik ra . Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 3610.
Untuk lafaz penuh hadithnya sebegini:
ستر ما بين أعين الجن وعورات بني آدم أن يقول الرجل المسلم إذا أراد أن يطرح ثيابه: *بسم الله الذي لا إله إلا هو*
Dan tambahan
الذي لا إله إلا هو
Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni al-Yaum wa al-Lailah no. 273, adalah tambahan yang dhaif. Sanadnya dhaif jiddan, kerana dalam sanad hadith tersebut terdapat perawi yang berdusta yakni Abdul Rahim Zaid al-Umayyi.
Ibnu Hajar berkata dalam Nataij al-Afkar 1/155, tidak ada satu pun yang sahih mengenai bab ini.
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 211816
Fatwa Soaljawab Islam no. 181740
No comments:
Post a Comment