Takhrij

Friday, 20 March 2020

Hadith ancaman mentafsirkan al-Quran dengan akal semata



Matan hadith


من قال في القرآن برأيه فأصاب فقد أخطأ


Terjemahan

“Barang siapa siapa yang berkata tentang Al Quran sebatas dengan akalnya, lalu kebetulan ia benar, maka ia tetap salah”.


Takhrij

HR. Tirmidzi, Kitab Tafsir, Bab Maa Ja’a fil Ladzi Yufassirul Quran Bira’yihi, no. 2952 dari Jundub bin Abdullah ra. Imam Tirmidzi mengatakan hadith ini gharib kerana terdapat perawi yang lemah Suhail bin Abi Hazm.


At Tirmidzi lalu mengatakan:


كذا روي عن بعض أهل العلم من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم وغيرهم أنهم شددوا في هذا في أن يفسر القرآن بغير علم


“Perkataan semisal ini juga diriwayatkan dari sebagian ahlul ilmi di kalangan para sahabat Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dan yang selain mereka, iaitu bahawa mereka sangat keras terhadap perbuatan menafsirkan Al Quran tanpa ilmu”


Hadith ini didhaifkan oleh Syaikh al-Albani. Syeikh Bin Baz dalam Fawaid Ilmiyah min Durus Baziyah 8/111 berkata hadith ini terdapat perselisihan yang ringan, namun maknanya benar.


Syarah


Al-Mubarakfuri berkata dalam Tuhfat al-Ahwadzi (Jilid 8, Bab 1806)


من قال في القرآن برأيه أي بغير دليل يقيني أو ظني نقلي أو عقلي مطابق للشرعي قاله القاري … (ومن قال) أي من تكلم (في القرآن) أي في معناه أو قراءته (برأيه) أي من تلقاء نفسه من غير تتبع أقوال الأئمة من أهل اللغة والعربية المطابقة للقواعد الشرعية بل بحسب ما يقتضيه عقله وهو مما يتوقف على النقل. وقوله (من قال في القرآن) أي في لفظه أو معناه (برأيه) أي بعقله المجرد (فأصاب) أي ولو صار مصيباً بحسب الاتفاق (فقد أخطأ) أي فهو مخطئ بحسب الحكم الشرعي.


Yang dimaksud menafsirkan Al-Quran dengan rayu (akal) adalah menafsirkan Al-Quran dengan tanpa dalil yaqini atau dalil zhanni, baik dalil naqli maupun aqli (baca qiyas) yang sesuai dengan syariat. Ali al-Qari menjelaskan (dalam menafsirkan hadith Ibnu Abbas): [barangsiapa yang berkata] maksudnya menjelaskan sesuatu [dalam Al Qur’an], maksudnya mengenai makna-makna Al-Quran dan qira’ah-nya. [dengan akalnya] maksudnya dengan pandangan yang ada di benaknya tanpa berusaha mencari penjelasan para ulama yang ahli bahasa Arab dan penjelasan para ulama yang sesuai dengan kaedah-kaedah syariyyah. Bahkan ia hanya mencukupkan diri dengan apa yang muncul dari akalnya kerana tidak ada pengetahuan tentang dalil naqli. Dan hadith [barangsiapa yang berkata tentang Al-Quran] maksudnya tentang lafaz dan maknanya [dengan pendapat] iaitu dengan akalnya semata [lalu ia benar] iaitu ia benar keranna kebetulan [maka ia tetap salah] maksudnya ia tetap salah dalam tinjauan hukum syari’e”.


Ibnu Hajar menjelaskan:


اي أخطأ طريقة الاستقامة بخوضه في كتاب الله تعالى بالتخمين والحدس لتعديه بهذا الخوض مع عدم استجماعه لشروطه فكان آثماً به مطلقا ولم يعتد بموافقته للصواب لأنها ليست عن قصد ولا تحر، بخلاف من كملت فيه آلات للتفسير فإنه مأجور بخوضه فيه وإن أخطأ لأنه لا تعدي منه فكان مأجورا أجرين كما في رواية، أو عشرة أجور كما في أخرى إن أصاب، وأجر إن أخطأ كالمجتهد لأنه بذل وسعه في طلب الحق واضطره الدليل إلى ما رآه فلم يكن منه تقصير بوجه .

“Maksudnya ia telah menyalahi jalan yang lurus kerana telah menafsirkan kitab Allah Ta’ala dengan meneka-neka maknanya, dan kerana keterujaannya atas perbuatan tersebut, tanpa mengumpulkan syarat-syarat yang harus dimiliki seorang yang hendak menafsirkan Al-Quran. Maka ia berdosa secara mutlak dan tidak terpakai perkataannya yang kebetulan betul kerana itu hanya sekadar kebetulan dan bukan kerana adanya usaha yang benar. Berbeza dengan orang yang telah terkumpul padanya syarat-syarat penafsir Al-Quran, maka ia mendapatkan pahala jika menafsirkannya walaupun ia salah. Kerana kesalahannya tersebut bukan kerana kelancangan. Maka jika tafsirannya benar, ia mendapatkan dua pahala sebagaimana dalam suatu riwayat atau 10 pahala dalam riwayat yang lain. Dan jika tafsirannya salah, ia mendapatkan satu pahala, sebagaimana seorang mujtahid. Kerana ia telah mengerahkan daya upayanya untuk mencari kebenaran dan ia telah mengolah dalil sebatas yang sesuai dengan yang mereka fahami, maka dari sisi ini pada diri mereka tidak ada sikap peremehan”.


Rujukan

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 67614, 277486, 282754

No comments:

Post a Comment