(1).
إِنَّ اللهَ تَعَالَى
إِذَا أَنْزَلَ عَاهَةً مِنَ السَّمَاءِ عَلَى أَهْلِ الأرْضِ صُرِفَتْ عَنْ
عُمَّارِ الْمَسَاجِدِ.
"Sesungguhnya Allah Ta'ala apabila Dia menurunkan suatu penyakit
dari langit kepada penduduk bumi, maka Allah akn menjauhkan penyakit itu dari
orang-orang yg telah meramaikan masjid" (HR. Ibnu Asakir 17/11, Ibnu Adi
3/232, hadith dari Anas bin Malik, hadith ini dinilai dhaif oleh Ibnu Adiy
kerana matan dan sanadnya terbalik (munkar).
(2).
إِذا أرَادَ الله بِقَوْمٍ
عاهةً نَظَرَ إِلَى أهْلِ المَساجِدِ فَصَرَفَ عَنْهُمْ
"Jika Allah menghendaki suatu penyakit pada suatu kaum, maka Allah
melihat ke ahli masjid, lalu Dia menjauhkan penyakit itu dari mereka" (HR.
Ibnu Adi 3/233 dan ad-Dailami 1/292 no. 4436, ad-Daruquthni dalam
al-Afrad (Tafsir Ibn Katsir 2/341), hadith dari Anas bin Malik, Imam
ad-Daruqutni dalam al-Afrad menjelaskan bahawa hadith ini gharib. Hadith
ini dinilai dhaif oleh as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 400)
(3).
يَقُولُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ:
” إِنِّي لَأَهُمُّ بِأَهْلِ الْأَرْضِ عَذَابًا فَإِذَا نَظَرْتُ إِلَى عُمَّارِ
بُيُوتِي والْمُتَحَابِّينَ فِيَّ والْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ صَرَفْتُ
عَنْهُمْ “
Allah 'Azza wa Jalla berfirman :
"Sesungguhnya Aku bermaksud menurunkan azab kepada penduduk bumi,
maka apabila Aku melihat orang-orang meramaikan rumah-rumahKu, yang saling
mencintai kerana Aku, dan juga orang-orang yang memohon ampunan pada waktu
sahur, maka Aku pun jauhkan azab itu dari mereka" (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu'ab al-Iman no. 2946, hadith dari Anas bin Malik,Ibnu Adiy berkata hadith
ini munkar dalam Al-Kamil fi Dhu'afaa' 5/94)
(4).
كَانُوا إِذَا فَرَغُوا
مِنْ شَيْءٍ أَتَوُا الْمَسَاجِدَ
“Mereka (para sahabat) apabila ketakutan tentang sesuatu, maka
mendatangi masjid.”
Ungkapan ini berstatus hasan dan ia bukanlah hadith, melainkan ungkapan
Imam al-Sya’bi. Imam al-Baihaqi sendiri dalam Syu’abul Iman no. 2951, sama
sekali tidak menyandarkan ungkapan ini sebagai hadith, melainkan hanya ungkapan
ulama saja.
Namun penulis awal sudah salah dalam menerjemahkan kalimat Faraghuu,
yang ia ertikan, “Apabila ketakutan”.
Yang benar, erti faraghu di sana adalah ketika para sahabat selesai
melakukan sesuatu (aktiviti lainnya).
(5).
إذا عاهةٌ من السماءِ
أُنزِلتْ صُرِفتْ عن عُمَّارِ المساجِدِ
“Apabila penyakit diturunkan dari langit, maka dijauhkan dari
orang-orang yang meramaikan masjid”(HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2947,
Ibnu Adiy dalam Al Kamil fi Dhu’afa, 4/205 mendhaifkan hadith tersebut).
Maka jika ada broadcast yang menyandarkan ungkapan ini sebagai hadith,
maka orang itu menyebarkan hadith yang tidak sahih dari Nabi saw.
Oleh kerana hadith-hadith yang disebutkan adalah hadith-hadith yang
dhaif dan munkar maka tidak boleh diterima sebagai hujjah apalagi di zaman para
sahabat masih hidup, ternyata mereka juga terkena virus dengan kehendak dari
Allah, padahal mereka adalah orang-orang yang rajin beribadah ke masjid.
Imam Ibnu Katsir رحمه الله berkata :
"Pada tahun 18 Hijriyah menurut pendapat yg masyhur dari pendapat
majoriti ulama telah terjadi wabak taun di daerah Amwas, kemudian ia
menyebar di negeri Syam. Hal itu menyebabkan banyak sekali dari kalangan para
sahabat dan juga yang lainnya meninggal dunia. Ada info yang telah mengatakan bahawa
jumlah orang yang meninggal mencapai 25 000 orang dari kaum muslimin. Dan di
antara orang-orang terkenal yng telah meninggal adalah Abu Ubaidah bin
al-Jarrah radhiyallahu 'anhu" (Al-Bidaayah wan Nihaayah 6/94)
No comments:
Post a Comment