Takhrij

Wednesday, 22 April 2020

Hadith membaca SubhanAllahil azim wabihamdihi



Matan hadith


عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ الْمُخَارِقِ، قَالَ: أَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ لِي: ” يَا قَبِيصَةُ مَا جَاءَ بِكَ؟، قُلْتُ: كَبِرَتْ سِنِّي، وَرَقَّ عَظْمِي، فَأَتَيْتُكَ لِتُعَلِّمَنِي مَا يَنْفَعُنِي اللهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهِ، قَالَ: ” يَا قَبِيصَةُ، مَا مَرَرْتَ بِحَجَرٍ، وَلَا شَجَرٍ، وَلَا مَدَرٍ، إِلَّا اسْتَغْفَرَ لَكَ، يَا قَبِيصَةُ، إِذَا صَلَّيْتَ الْفَجْرَ، فَقُلْ : سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ، تُعَافَى مِنَ الْعَمَى، وَالْجُذَامِ، وَالْفَالِجِ، يَا قَبِيصَةُ، قُلْ: اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِمَّا عِنْدَكَ، وَأَفِضْ عَلَيَّ مِنْ فَضْلِكَ، وَانْشُرْ عَلَيَّ رَحْمَتَكَ، وَأَنْزِلْ عَلَيَّ، مِنْ بَرَكَاتِكَ


Terjemahan

Daripada dari Qabishah bin al-Mukhariq, beliau berkata:

“Aku datang menemui Rasulullah sAllahu ‘alaihi wasallam, lalu baginda bertanya kepadaku: “Wahai Qabishah, apa yang membuatkan kamu datang kesini?”

Aku menjawab; “Usiaku semakin tua dan tulang-tulangku mulai rapuh. Maka aku datang kepadamu supaya engkau mengajariku sesuatu yang Allah beri manfaat bagiku dengannya.”

Baginda lalu bersabda: “Wahai Qabishah, tidaklah kamu melalui batuan, pohonan dan kota-kota melainkan ia akan memohonkan keampunan bagimu.

Wahai Qabishah, apabila kamu (selesai) mengerjakan  Subuh, maka bacalah tiga kali:

سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ

“Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya.”

Nescaya kamu akan terhindar dari kebutaan, penyakit kusta dan lumpuh.

Wahai Qabishah bacalah:

اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِمَّا عِنْدَكَ، وَأَفِضْ عَلَيَّ مِنْ فَضْلِكَ، وَانْشُرْ عَلَيَّ رَحْمَتَكَ، وَأَنْزِلْ عَلَيَّ، مِنْ بَرَكَاتِكَ

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu apa yang ada di sisi-Mu, berikanlah kurniaan-Mu kepadaku, curahkanlah rahmat-Mu kepadaku dan turunkanlah keberkatan-Mu kepadaku.”



Takhrij

HR. Ahmad no. 20602, didhaifkan oleh Syeikh al-Arnauth.

Sanad hadith ini dhaif disebabkan kesamaran perawi yang meriwayatkan daripada Qabishah bin al-Mukhariq. Hanya disebutkan sebagai ‘seorang lelaki daripada ahli Basrah’ dan sanadnya rosak.

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar (2/337): “Jika tidak kerana perawi mubham (samar) tersebut, nescaya sanadnya akan jadi hasan.”

Syeikhal-Albani pula menilai hadith ini dhaiff di dalam Dhaif Targhib no. 71.


Rujukan

Fatwa Islamweb no. 51224.

No comments:

Post a Comment