Takhrij

Thursday, 23 April 2020

Hadith sedekah menolak bencana?



Matan hadith

باكِروا بالصَّدَقةِ فإنَّ البلاءَ لا يتخطّاها

Terjemahan

Segeralah bersedekah, sesungguhnya musibah tidak dapat melintasi (mendahului) sedekah

Takhrij

HR. Baihaqi dalam Sunan Kubra 4/189 dari Mukhtar ibn Fulful. al-Baihaqi berkata hadith ini hadith mauquf, perawi marfu'kan secara keliru.

Juga diriwayatkan at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 5643 dari Ali bin AbinThalib ra. Dan beliau berkomentar, hadith ini tidak diriwayatkan dari Ali ra melainkan dari sanad ini.

Al- Haithami dalam Majma Zawaid 3/113, dhaif kerana perawi dhaif, Isa bin Abdullah bin Muhammad.

Al-Dimyathi dalam al-Mutajir Rabih no. 107 menilai sanadnya parah.



Hadith serupa yang diriwayatkan melalui Anas bin Malik ra.

Lebih parah, Ibnu Adiy memasukkan hadith tersebut dalam Kamil Dhuafa' 3/225 sebagai hadith palsu.

Ibnu Jauzi dalam al-Maudhu'at 2/483 menilai hadith ini tidak sahih.

As-Syaukani dalam Fawaid Majmu'ah no. 61, semua sanadnya tak terpelihara dari perawi dusta, majhul, pereka hadith.

Akan tetapi al-Sakhawi berkata dalam Maqasid Hasanah no. 170, hadith ini mempunyai syawahid dan Isa bin Abdullah bin Muhammad adalah perawi yang dhaif. Dia perawi yang ditinggalkan menurur ad-Daruquthni.

Mulla Ali Qari dalam al-Asrar Marfu'ah no. 162 berkata, hadith ini tidak mempunyai asal baik dari Ali mahupun Anas ra.

Syeikh al-Albani menilai hadith tersebut dari kedua -dua jalur sanad adalah sangat lemah (dhaif jiddan) dalam Dhaif Jami' no. 2317.

No comments:

Post a Comment