Matan hadith
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بَادِرُوا
بِالْأَعْمَالِ سَبْعًا هَلْ تَنْتَظِرُونَ إِلَّا فَقْرًا مُنْسِيًا أَوْ غِنًى
مُطْغِيًا أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا أَوْ هَرَمًا مُفَنِّدًا أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا
أَوْ الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ أَوْ السَّاعَةَ فَالسَّاعَةُ
أَدْهَى وَأَمَرُّ
Terjemahan
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Segeralah
melakukan amal soleh (sebelum datang) tujuh perkara. Apakah yang kamu perlu
tunggu melainkan kefakiran yang akan melupakan kamu (daripada beramal), atau
kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui batas, atau penyakit
yang merosak (sehingga sukar untuk beramal soleh), atau masa tua yang
menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran, atau kematian yang cepat (secara
tiba-tiba), atau adanya Dajjal sebagai makhluk jahat yang paling
ditunggu-tunggu, atau datang hari kiamat dan hari kiamat itu lebih berat dan
lebih sukar.”
Takhrij
HR. Tirmizi no. 2306, Imam Tirmidzi mengatakan hadith ini hasan
gharib. Manakal Syeikh al-Albani mendhaifkan hadith ini.
No comments:
Post a Comment