Matan kisah
كان في زمن النبي صلى الله
عليه وسلم رجل يقال له: أبو دجانة، فكان إذا صلى الفجر خرج مستعجلًا، ولا يصبر حتى
يسمع دعاء النبي صلى الله عليه وسلم، فقال له يومًا: أليس لك إلى الله حاجة؟ فقال:
بلى، فقال: فلم لا تقف حتى تسمع الدعاء؟ فقال: لي عذر -يا رسول الله-، قال: وما
عذرك؟ فقال: إن داري ملاصقة لدار رجل، وفي داره نخلة، وهي مشرفة على داري، فإذا هب
الهواء ليلًا، يقع من رطبها في داري، فإذا انتبه أولادي، وقد مسهم الضر من الجوع،
فما وجدوه أكلوه، فأعجل قبل انتباههم، وأجمع ما وقع، وأحمله إلى دار صاحب النخلة،
ولقد رأيت ولدي يومًا قد وضع رطبة في فمه، فأخرجتها بأصبعي من فيه، وقلت له: يا
بني، لا تفضح أباك في الآخرة، فبكى لفرط جوعه.
فقلت له: لو خرجت نفسك لم
أدع الحرام يدخل إلى جوفك، وحملتها مع غيرها إلى صاحبها.
فدمعت عينا النبي صلى الله
عليه وسلم، وسأل عن صاحب النخلة، فقيل له: فلان المنافق، فاستدعاه، وقال له: بعني
تلك النخلة التي في دارك بعشرة من النخل: عروقها من الزبرجد الأخضر، وساقها من
الذهب الأحمر، وقضبانها من اللؤلؤ الأبيض، ومعها من الحور العين بعدد ما عليها من
الرطب.
فقال له المنافق: ما أنا
تاجر أبيع بنسيئة، لا أبيع إلا نقدًا لا وعدًا، فوثب أبو بكر الصديق -رضي الله
تعالى عنه- وقال: هي بعشرة من النخيل في الموضع الفلاني، وليس في المدينة مثل تلك
النخيل، ففرح المنافق، وقال: بعتك. قال: قد اشتريت، ثم وهبها لأبي دجانة، فقال
النبي صلى الله عليه وسلم: قد ضمنت لك -يا أبا بكر- عوضها، ففرح الصديق، وفرح أبو
دجانة -رضي الله عنهما-، ومضى المنافق إلى زوجته يقول: قد ربحت اليوم ربحًا
عظيمًا، وأخبرها بالقصة، وقال: قد أخذت عشرة من النخيل، والنخلة التي بعتها مقيمة
عندي في داري أبدًا نأكل منها، ولا نوصل منها شيئًا إلى صاحبها، فلما نام تلك
الليلة وأصبح الصباح، وإذا بالنخلة قد تحولت بالقدرة إلى دار أبي دجانة، كأنها لم
تكن في دار المنافق، فتعجب غاية العجب
Terjemahan
Secara rumusannya: Dihikayatkan bahawa pada zaman baginda Nabi SAW ada
seorang sahabat yang dipanggil Abu Dujanah. Setiap hari Abu Dujanah menunaikan
solat Subuhnya berjemaah dengan Junjungan Nabi SAW di masjid, namun selesai
solat beliau akan terus bergegas pulang ke rumahnya tanpa menunggu Nabi SAW
menyelesaikan doa baginda. Perbuatan Abu Dujanah telah ditegur oleh Nabi SAW.
Abu Dujanah menceritakan kepada Nabi SAW bahawa beliau tinggal berjiran dengan
seorang lelaki dan dalam kawasan rumah lelaki tersebut tumbuh sebatang pohon
kurma yang besar betul-betul bersebelahan dengan rumahnya. Ketika malam, buah -
buah kurma itu akan jatuh ke halaman rumahnya kerana tiupan angin. Pagi - pagi
apabila anak-anak Abu Dujanah bangun dalam keadaan lapar mereka akan mengutip
buah - buah tersebut untuk dimakan. Pernah satu hari, ketika Abu Dujanah
melihat anaknya memasukkan sebutir buah tamar tersebut ke dalam mulut, beliau
terus mengeluarkannya semula dengan tangannya agar anak tersebut tidak memakan
sesuatu yang bukan milik mereka. Hal ini telah menyebabkan anak tersebut
menangis. Sebab itulah, Abu Dujanah terpaksa bergegas balik ke rumah setelah
solat Subuh untuk memungut semua buah tamar jirannya yang jatuh di halamannya
dan menyerahkannya semula kepada pemiliknya sebelum anak-anaknya jaga dari
tidur. Lalu Nabi SAW bertanya tentang pemilik pokok kurma tersebut, Baginda
dimaklumkan bahawa ianya dimiliki oleh seorang lelaki munafik. Nabi SAW memanggil
lelaki tersebut dan baginda menawarkan kepadanya supaya pohon kurmanya itu
diberikan kepada Abu Dujanah dengan imbalan 10 pohon kurma di syurga yang
batangnya daripada zabarjad yang hijau, daunnya daripada emas merah,
buah-buahnya daripada permata putih dan bidadari menurut bilangan buah-buahnya.
Namun tawaran Nabi SAW tersebut telah ditolak oleh lelaki munafik tersebut.
Kemudian, Abu Bakar RA mengusulkan agar si munafik tadi menjual pohon kurmanya
tersebut kepadanya dengan imbalan 10 batang pohon kurma terbaik milik beliau
yang tumbuh di satu lembah Kota Madinah. Tawaran Abu Bakar RA diterima oleh
lelaki munafik tersebut. Abu Bakar RA kemudiannya menghadiahkan pohon kurma
tersebut kepada Abu Dujanah. Nabi SAW memaklumkan kepada Abu Bakar bahawa imbalan
yang tadinya baginda tawarkan kepada si munafik telah dijadikan buat Abu Bakar,
maka gembiralah Abu Bakar dan juga Abu Dujanah. Manakala si munafik tersebut
juga pulang ke rumahnya dengan perasaan girang. Dia memberitahukan isterinya
dan menyatakan bahawa dia telah beroleh keuntungan besar kerana selain daripada
memperolehi 10 batang kurma daripada Abu Bakar, pohon kurma yang berada di
halaman rumahnya juga akan tetap berada di situ. Maka dia masih dapat mengambil
dan menikmati buah-buahnya dan bertekad tidak
akan pernah memberikan kepada Abu Dujana buah itu sedikit pun. Malam tersebut,
tidurlah si munafik dengan gembira, namun ketika dia bangun pada paginya
didapatinya pohon kurma yang dahulunya tumbuh di halaman rumahnya telah
berpindah ke halaman rumah Sayyidina Abu Dujanah, seolah - olah itulah tempat
tumbuh asalnya. Maka hairanlah si munafik tadi dengan sehabis-habis hairan.
Takhrij
Hikayat nukilan al-Suffuri dalam Nuhjatul Majalis wa Muntakhab al-Nafais
1/206; Abu Bakar al-Dimyathi dalam ‘Ianatuth-Thalibin
bab Lugatah, 3/251.
Tidak ditemukan asal kisah ini dalam kitab-kitab muktabar sunnah. Tanda kisah ini palsu jelas (cth: laras bahasa yang lemah, menyalahi logik akal, gelap) sepertimana di sebutkan oleh Ibnu
Qayyim dalam al-Manar al-Munif hal. 50, 99.
Akan tetapi ada satu kisah hampir serupa pada sebahagian ceritanya yakniberkenaan
pertukaran pohon kurma dengan pohon kurma syurga ini disebutkan dalam Musnad
Ahmad no. 12482, Ibnu Hibban no. 7159, al-Hakim no. 2194, dan disahihkan oleh
Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2964.
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 377617
Fatwa Soaljawab Islam no. 289989
No comments:
Post a Comment