Takhrij

Thursday, 7 May 2020

Kisah Zaid bin Haritsah dan bantuan ghaib (malaikat)




FADHILAT DAN KEHEBATAN ZIKIR (ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِـين)

عن الليث بن سعد، قال: بلغني أن زيد بن حارثة اكترى من رجل بغلا من الطائف اشترط عليه المكري أن ينزله حيث شاء، قال:
فمال به إلى خربة، فقال له: انزل فنزل فإذا في الخربة قتلى كثيرة، قال: فلما أراد أن يقتله قال له:
دعني أصلي ركعتين، قال: صل فقد صلى قبلك هؤلاء فلم تنفعهم صلاتهم شيئا، قال: فلما صليت أتاني ليقتلني، قال: فقلت: " يا ارحم الراحمين "، قال: فسمع صوتا: لا تقتله! فهاب ذلك، فخرج يطلب فلم يجد شيئا، فرجع إلي فناديت " يا أرحم الراحمين " - فعل ذلك ثلاثا - فإذا أنا بفارس على فرس في يده حربة حديد في رأسها شعله من نار، فطعنه بها فأنفذه من ظهره، فوقع ميتا، ثم قال لي: لما دعوت المرة الأولى " يا ارحم الراحمين " كنت في السماء السابعة، فلما دعوت المرة الثانية " يا ارحم الراحمين " كنت في السماء الدنيا، فلما دعوت في المرة الثالثة " يا أرحم الراحمين


Fadhilatus Syeikh Allamah Muhammad Awwamah حفظه الله ورعاه menaqalkan sebuah kisah salah seorang Sahabat Nabi yang Masyhur Iaitu Saidina Zaid Bin Haritsah رضي الله عنه dalam kitab beliau berjudul المختار من فرائد النقول و الأخبار  :

"Berkata Al Imam Al Laith Bin Saad رحمه الله تعالى : sampai padaku kisah Saidina Zaid Bin Harisah رضي الله عنه (Sahabat Nabi yang Masyhur) telah menyewa seekor Baghal dari seorang lelaki sewaktu berada di Thaif, lalu lelaki tersebut mensyaratkan kepada Saidina Zaid untuk menurunkan beliau di mana sahaja mengikut kemahuan dirinya ( lelaki pemilik Baghal).

Lalu lelaki tersebut membawa Saidina Zaid ke suatu daerah kampung yang sudah musnah (tiada berpenghuni) maka berkata lelaki tersebut kepada Zaid :

"Turun kamu di sini" Maka saidina Zaid pun turun, di dapati kawasan tersebut di penuhi timbunan mayat mayat yang telah di bunuh.

Seterusnya lelaki tersebut ingin membunuhnya di kawasan tersebut. Dan Saidina Zaid berkata :

"Sebelum kamu membunuhku berikan aku kesempatan untuk melakukan dua rakaat solat”

Maka berkata lelaki المكري (yang menyewakan Baghalnya) :

"Solat lah kamu (dengan nada yang mengejek), adapun mereka yang telah mati ini pernah melakukan solat seperti kamu sebelum kematian mereka tetapi solat itu tidak memberi manfaat sedikit pun terhadap mereka (mengelak dari di bunuh)"

Maka berkata Sayyidina Zaid Bin Harisah :

Setelah aku selesai melaksanakan dua rakaat solat tersebut lalu datang lah lelaki itu untuk membunuhku seraya aku menyebut :
ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِـين
(wahai Tuhan yang paling mengasihi di kalangan yang penyayang)

Tiba tiba terdengar suatu suara berkata : " Jangan sesekali kamu membunuhnya!!"

Berkata Sayyidina Zaid : Maka timbul rasa gerun dalam hati lelaki tersebut dan keluar ia mencari pemilik suara tersebut lalu tidak menjumpainya. Seterusnya lelaki itu kembali kepadaku untuk membunuh dan aku ucapkan kalimah yang sama dan suara itu kembali semula. sebanyak tiga kali perkara ini berulang.

Setelah tiga kali aku mengucapkannya maka datang seorang yang berkuda( Malaikat) di tangannya tombak di perbuat daripada besi dan di hujungnya bernyala nyala dengan api lalu menikam lelaki tersebut dari arah belakangnya lalu rebah dan mati.

Kemudian berkata penunggang kuda (malaikat) kepada Saidina Zaid Bin Harisah :

"Saat kali pertama kamu mengucapkan ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِـين aku sedang berada di lapisan langit yang ketujuh,

Dan sewaktu kali kedua kamu melaungkan ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِـين aku turun dan berada di langit dunia,

Dan apabila kamu menyebut ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِـين yang ketiga aku terus datang menuju kepadamu (Menyelamatkanmu) "


Takhrij

Kisah nukilan Ibnu Abdul Barr dalam al-Isti’ab 2/546-547, Maulana Kandalawi dalam Hayatus Sahabah 5/181, Ibnu Qastallani dalam Mawahib Laduniyyah 1/422. Tanpa komemntar.


Rujukan

https://al-maktaba.org/book/12288/546#p1

No comments:

Post a Comment