Takhrij

Wednesday, 15 July 2020

Hadith berkata baik akan diaminkan malaikat


Matan hadith

إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيضَ، أَوِ الْمَيِّتَ،
 فَقُولُوا خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ


Terjemahan

Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.”


Takhrij

HR. Muslim no. 919, daripada Ummu Salamah ra.

Imam al-Nawawi (676 H) ketika mensyarahkan hadith mengatakan bahawa padanya (pada hadith ini) menunjukkan sunat mengucapkan perkara yang baik ketika menziarahi orang yang sakit seperti berdoa kepadanya (kepada orang sakit), beristighfar kepadanya, meminta kelembutan dan keringanan kepadanya serta yang seumpama dengannya. Selain itu juga, malaikat akan hadir pada waktu tersebut dan akan mengaminkan ucapan-ucapan mereka (al-Minhaj, 222/6).

No comments:

Post a Comment