Takhrij

Wednesday, 30 September 2020

Hadith berkenaan amalan Jumaat dan selawat mimpi bertemu Nabi saw

 

Membaca surah Dukhan pada hari Jumaat

 

عن أبي هريرة أنّ النّبيّ صلّى اللَّه عليه وسلّم قال : «من قرأ الدّخان في ليلة الجمعة أصبح مغفورا له

 

Dari Abi Hurairah r.a., bahwasannya Nabi saw. bersabda, “ Siapa yang membaca surah Ad-Dukhan di malam Jumaat, maka di pagi harinya ia akan diampuni dosanya.” (HR. Tirmidzi no. 2889, didhaifkan oleh Imam Tirmidzi dan Syeikh al-Albani)

 

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَرَأَ حم الدُّخَانَ فِي لَيْلَةٍ أَصْبَحَ يَسْتَغْفِرُ لَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ

 

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Siapa yang membaca Hamim Ad-Dukhan di malam hari, maka di pagi harinya tujuh puluh ribu malaikat memintakan ampun untuknya.” (HR. At-Tirmidzi no. 2888. Imam Tirmidzi berkata hadith ini gharib dengan jalur ini, as-Suyuthi berkata dalam Nukat al-Maudhuat no. 59 terdapat perawi yang pendusta, Umar bin Abi Khas'am, dan beliau mendhaifkan hadith ini dalam Jamius Shagir no. 8919, Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu)

 

 

 

Membaca surah Hud pada hari Jumaat

 

اقرؤوا سورة هود يوم الجمعة

 

Bacalah Surah Hud pada hari Jumaat

 

HR. ad-Darimi no. 3447, Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2214, daripada Ka'ab ra. Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 1070.

 

 

Kelebihan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat

 

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu disebutkan,

 

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ

 

Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah.” (HR. Ad-Darimi, 2/546. Syeikh Al-Albani mengatakan bahawa hadith ini sahih sebagaimana dalam Sahih Al-Jami’ no. 6471).

 

 

Juga dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ

 

Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Baihaqi dalam Sunan Kubra, 3/249 no. 5792. Syeikh Al-Albani mengatakan bahawa hadith ini sahih sebagaimana dalam Sahih Al-Jami’ no. 6470).

 

 

 

Membaca surah ali-Imran pada hari Jumaat

 

Dari Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma berkata, Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda,

 

من قرأ السورة التي يذكر فيها آل عمران يوم الجمعة صلى الله عليه و ملائكته حتى تحجب الشمس

 

Barangsiapa membaca surah yang disebut Ali Imran pada hari Jumaat, maka para Malaikat akan mendoakan (selawat) kepadanya sampai matahari tertutupi.”

 

HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath 6/191 dan dalam Al-Kabir, 11/48. Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Dhaif Jami' no. 5759.

 

 

Zikir Subhanallah hiladzim wabihamdihi hari Jumaat

 

 

عن ابن عباس مَن قال بَعدَما يَقضي الجُمُعةَ: سُبحانَ اللهِ العَظيمِ وبحَمدِه، مِئةَ مَرَّةٍ، غَفَرَ اللهُ له مِئةَ ألْفِ ذَنبٍ، ولِوالِدَيْه أربَعةً وعِشرينَ ألْفَ ذَنبٍ.

 

Dari Ibnu Abbas RA - Dari Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya beliau bersabda "Barangsiapa yang membaca ketika selepas solat Jumaat سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمْ وَبِحَمْدِهِ   100 kali, maka dosanya diampuni sebanyak 100 ribu dosa. Dan bagi kedua orang tuanya dosanya diampuni 24 ribu dosa.

 

HR. Ibnu Sunni dalam ‘ Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 377. Sanad hadith ini dhaif menurut Syeikh Thariq Atif al-Hijazi dalam Alukah.net.

 

Syeikh al-Albani Menilai hadith ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6493.

 

 

Membaca 3 qul

 

عن عائشة رضي الله عنها قالت: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((مَنْ قَرَأَ بَعْدَ صَلَاةِ الْجُمُعَةِ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ سَبْعَ مَرَّاتٍ، أَعَاذَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مِنَ السُّوءِ إِلَى الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى))

 

Barang siapa yang membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan surah An-Nas (al-mu`awwidzatain) masing-masing sebanyak tujuh kali ketika imam selesai membaca salam solat Jumaat, sebelum melipat kakinya, Allah akan mengampuni dosanya yang lalu dan sekarang, dan diberi pahala sebanyak orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.

 

HR. Ibnu Sunni dalam ‘ Amal al-Yaum wa al-Lailah no. 375. Hadith ini datang dengan 3 sanad. Dan kesemua sanadnya dhaif menurut Syeikh Thariq Atif al-Hijazi dalam Alukah.net.:-

 

1) dari Asma ra, dalam Syuabul Iman no. 2577 – munqathi’

2) dari jalan Farj bin Fadhalah dalam Sunan Ibnu Mansur– Ibnu Hajar berkata hadith ini mempunyai irsal yang tersangatan (Futuhat Rabbaniyah 4/233).

3) Jalan ketiga diriwayatkan oleh Ibnu Qusyairi dalam Arbai’en  -  Ibnu Hajar berkata sanadnya dhaif yang tersangatan (al-Khisal Mukaffirah no. 4)

 

 

 

Selawat 80 kali pada hari Jumaat

 

صلى علي يوم الجمعة ثمانين مرة غفر الله له ذنوب ثمانين عاما، فقيل له: وكيف الصلاة عليك يا رسول الله ؟ قال: تقول: اللهم صل على محمد عبدك ونبيك ورسولك النبى الأمي ، وتعقد واحدا

 

Barangsiapa yang berselawat kepadaku hari Jumaat sebanyak 80 kali nescaya Allah mengampuninya selama 80 tahun,” lalu beliau ditanya: “Lalu bagaimanakah berselawat atasmu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Allahumma shalli ‘ala Muhammadin ‘abdika wa rasulika an nabiyyil ummiy, ini dihitung sekali.

 

HR. Khatib Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad 13/464. Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu di dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 215. Dinilai palsu juga oleh Ibnu Jauzi di dalam Ahadith Wahiyah no. 786.

 

Anjuran perbanyakkan selawat hari Jumaat

 

إن  من أفضل أيامكم يوم الجمعة، فأكثروا علي من الصلاة فيه، فإن صلاتكم معروضة علي، فقالوا: يا رسول الله، وكيف تعرض صلاتنا عليك وقد أرمت، قال: إن الله تبارك وتعالى حرم على الأرض أجساد الأنبياء صلى الله عليهم.               

 

Hari-hari kamu yang terbaik adalah hari Jumaat, maka perbanyakkan berselawat ke atasku di saat itu kerana selawat kamu akan disampaikan kepada aku, lalu sahabat bertanya " Wahai Rasulullah bagaimana selawat kami akan disampaikan kepadamu sedangkan kamu telah dimakan tanah? Baginda bersabda, "Sesungguhnya Allah Taala mengharamkan tanah bumi memakan jasad-jasad para Nabi".                 

 

HR. Abu Daud dari Aus bin Aus, no. 1531, disahihkan oleh al-Albani dan Syeikh al-Arnauth

 

 

Selawat 80 kali lepas Asar

 

مَنْ صلّى عليَّ عَصْرَ يومِ الجُمُعَةِ ثمانينَ مرّةً غَفَرَ اللهُ لهُ ذنوبَ ثمانينَ عامًا

Sesiapa yang berselawat lapan puluh kali (80 kali) pada waktu Asar di hari Jumaat maka Allah mengampuni dosa-dosanyanya lapan puluh tahun.

 

HR. As-Sakhawi dalam al-Qaul al-Badi', dari Anas bin Malik, no. 285. Beliau menghasankan hadith ini. Manakala al-Albani mengomentari hadith ini, perkataan hasan ini perlu penelitian semula, dan beliau menilai hadith ini sebagai maudhu' (palsu) dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 215. (https://dorar.net/fake-hadith/414)

 

 

Selawat 1000 kali lalu mimpi bertemu Nabi saw

 

ﻣﻦ ﻗﺮﺃﻫﺎ ﻟﻴﻠﺔ ﺍﻟﺠﻤﻌﺔ ﺃﻟﻒ ﻣﺮﺓ ﻭﺻﻠﻰ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺃﻟﻒ ﻣﺮﺓ ﻭﻧﺎﻡ ﺭﺃﻯ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﻲ ﻣﻨﺎﻣﻪ ﻗﻠﺖ ﻭﻫﺬﻩ ﻓﺎﺋﺪﺓ ﺟﺮﺑﻬﺎ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮﻭﻥ ﻭﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ

 

Barangsiapa membaca surah al-Kautsar 1000 kali dan selawat Nabi 1000 kali, kemudian ia tidur. Maka akan melihat Nabi saw dalam mimpinya.

 

Tidak ditemukan hadith tersebut dalam kitab muktabar Sunnah (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 97072).

 

 

ﻗﺎﻝ ﺃﺑﻦ ﻋﺒﺎﺱ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ: ﻣﻦ ﻗﺮﺃ ﻗﻞ ﻫﻮ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﺣﺪ ﻓﻲ ﻟﻴﻠﺔ ﺃﻟﻒ ﻣﺮﺓ ﺭﺃﻯ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓﻲ ﻣﻨﺎﻣﻪ

 

Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma berkata: Barangsiapa yang membaca surah al-ikhlas 1000 kali pada malam hari, maka akan melihat/berjumpa Nabi saw dalam mimpinya.

 

Atsar ini ditemukan dalam Khazinat al-Asrar hal. 198 cet. Darul Kutub Al-Ilmiyyah

 

 

Amalan solat malam jumaat dan berselawat dapat mimpi bertemu Nabi saw

 

 

ما من مؤمنٍ يُصلِّي ليلةَ الجمعةِ ركعتَيْن يقرأُ من كلِّ ركعةٍ فاتحةَ الكتابِ وخمسًا وعشرين مرَّةً {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ}، ثمَّ يسلِّمُ، ثمَّ يقولُ ألفَ مرَّةٍ: صلّى اللهُ على محمَّدٍ النَّبيِّ الأمِّيِّ فإنَّه يراني في ليلتِه في المنامِ وإلّا لا يتمُّ له الجمعةُ القابلةُ حتّى يراني في المنامِ، ومن رآني غفر اللهُ له الذُّنوبَ

 

Siapa pun yang mendirikan solat dua rakaat di malam Jumaat dengan membaca surah al-Fatihah sekali, diikuti dengan surah al-Ikhlas sebanyak dua puluh lima kali tiap rakaatnya. Setelah itu, ia melanjutkan dengan membaca Allahumma shalli ‘ala Muhammadin nabiyyil ummiyyi (Ya Allah, sampaikanlah selawat atas Nabi Muhammad, Nabi yang Ummi), maka dia akan bermimpi melihatku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam) malam itu. Dan jika tidak, dia akan bermimpi melihatku sebelum datangnya hari Jum’at berikutnya. Dan barang siapa mimpi melihatku, Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

 

HR. Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 2/455, daripada Ibnu Masúd ra, beliau menilai hadith ini tidak sahih, begitu juga as-Sakhawi dalam Qaul Badi’ no. 286.

 

Manakala dalam satu riwayat lain menyebut ayat kursi:-

 

من صلى ليلة الجمعة ركعتين يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وآية الكرسي خمس عشرة مرة.فإذا فرغ من الصلاة يصلي على النبي صل الله عليه وسلم ألف مرة

 

Hadith ini juga palsu menurut Syeikh Naasan dalam Soaljawab al-Hadith Maudhuat no. 14 (https://www.naasan.net/).

 

Satu riwayat lain pula, surah al-Zalzalah dengan redaksi sedikit berbeza:-

 

من صلى ليلة الجمعة ركعتين يقرأ في كل ركعة الفاتحة والزلزلة

 

Hadith ini juga palsu menurut Fatwa Thariqatul Islam no. 62761 dan Fatwa Syabakah Islamiyah no. 72311

 

Dan banyak lagi surah lain dibaca untuk mimpi bertemu Nabi saw:

a)       Al-Qadr 21 kali/ 1000 kali (Wasail Syiah 5/75-76)

b)      Al-Muzammil 41 kali (Khazinat al-Asrar, Wasail Syiah 5/75-76)

c)       Al-Qurays 1000 kali (Wasail Syiah 5/75-76)

d)      Surah Idzaul dzilatil (Wasail Syiah 5/75-76)

 

Secara kesimpulannya, majoriti hadith-hadith menceritakan amalan-amalan tertentu pada malam-malam tertentu (isnin, selasa, rabu, khami…) dengan fadhilat tertentu adalah tidak sahih menurut Ibnu Taimiyah dalam Majmu Fatawa 23/134, Ibnu Qayyim dalam al-Manarul Munif hal. 95, al-Iraqi dalam Takhrij Ihya’ 1/259 dan as-Syaukani dalam al-Fawaidul Majmuah hal. 46 dan Fatwa Soaljawab Islam no. 82307.

No comments:

Post a Comment