Takhrij

▼
▼

Tuesday, 29 September 2020

Hadith pahala menggembirakan saudara Islam

 

Matan hadith

 

 من أدخل على أهلِ بيتٍ من المسلمين سرورًا – لم يرضَ اللهُ له ثوابًا دونَ الجنَّةِ

 

Terjemahan

 

Sesiapa yang menggembirakan mana-mana orang Islam maka Allah tidak akan memberinya pahala tanpa diberikan syurga

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 7519, Abu Nua'im dalam Tarikh Asbahan 1/164 dan Ibnu Adiy dalam Kamil fi Dhuafa' 1/199, daripada Aisyah ra.

 

Al-Dimyathi dalam Mutajir Rabih no. 263 menilai sanad hadith ini sakit.

 

al-Haithami dalam Majma Zawaid 8/196 berkata sanadnya lemah kerana perawi yang dhaif bernama Amru bin Habib al-Qadhi.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Dhaif Targhib no. 1564.

No comments:

Post a Comment