Takhrij

▼
▼

Tuesday, 8 September 2020

Hadith penyakit taun adalah tusukan jin


Matan hadith

فَنَاءُ أُمَّتِي بِالطَّعْنِ وَالطَّاعُونِ ". فَقِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ، هَذَا الطَّعْنُ قَدْ عَرَفْنَاهُ، فَمَا الطَّاعُونُ ؟ قَالَ : " وَخْزُ أَعْدَائِكُمْ مِنَ الْجِنِّ، وَفِي كُلٍّ شُهَدَاءُ

Terjemahan

Kemusnahan umatku akan berlaku (disebabkan) tusukan (pedang dan senjata dalam peperangan) dan Ta'un (Wabak penyakit), lalu ditanyakan oleh sahabat: " Wahai Rasulullah, tusukan ini kami telah mengetahuinya apa pula Ta'un?, Jawab baginda ﷺ: " Tusukan musuh kalian di kalangan jin, dan bagi setiap (yang meninggal kerana itu) akan mendapat pahala Syuhada'"

Takhrij

HR. al-Bazzar dalam Musnadnya no. 2986, at-Thayalisi dalam Musnadnya no. 536, Ahmad no. 19528, disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Targhib no. 1403).

No comments:

Post a Comment