( و ذكرهم سبعة ) أي وهم مكسلمينا و تمليخا و مرطونس و نينوس و
ساريولس و ذونوانس و فليستطيونس و هو الراعي و اسم كلبهم قطمير و قيل حمران و قيل ريان
، قال بعضهم : علموا أولادكم أسماء أهل الكهف فإنها لو كتبت على باب دار لم تحرق و على متاع لم
يسرق و على مركب لم تغرق و قال ابن عباس
رضي الله عنهما : خواص أسماء أهل الكهف تنفع لتسعة أشياء للطلب و الهرب و لطفء
الحريق تكتب على حرقة و ترمى في وسط النار تطفأ بإذن الله و لبكاء الأطفال و الحمى
المثلة و للصداع تشد على العضد الأيمن و لإم الصبيان و للركوب في البر و البحر و
لحفظ المال و لنماء العقل و نجاة الآثمين .
(Ibnu Abbas menyebutkan Ashhabul
Kahfi ada tujuh orang) mereka itu adalah : Maksalmina, Tamlikha, Marthunus,
Ninus, Sariyulus, Dzunuwanus, Falyustathiyunus (ia adalah pemimpin Ashhabul
Kahfi), nama anjing mereka adalah Qithmir, ada yang mengatakan Hamran, ada yang
mengatakan Rayyan. Sebagian ulama mengatakan : Ajarkanlah anak-anak kalian
tentang nama-nama Ashhabul Kahfi, karena nama-nama tersebut, jika ditulis di
sebuah rumah maka rumah itu tidak akan terjadi kebakaran, jika ditulis di
sebuah benda maka benda itu tidak akan dicuri orang, jika ditulis di sebuah
kenderaan maka kenderaan itu tidak akan tenggelam. Ibu Abbas r.a. mengatakan :
Keistimewaan nama-nama Ahlul Kahfi dapat bermanfaat bagi sembilan macam : untuk
memperoleh hajat, menghindari bahaya, memadamkan kebakaran (nama-nama tersebut
ditulis di selembar kertas kemudian dilemparkan ditengah-tengah kebakaran, maka
kebakaran itu akan padam dengan izin Allah), meredam tangis anak-anak kecil,
demam, sakit kepala (diikatkan pada tangan atas sebelah kanan), menghindarkan
dari jin yang mengganggu anak-anak, berkenderaan di darat dan laut, menjaga harta,
perkembangan otak, keselatamatan dari orang-orang yang berdosa.
Takhrij
Ini ditemukan dalam tafsir
al-Showi 3/12 dan kitab sufi Khazinat al-Asrar tanpa sanad.
Pandangan-pandangan yang
disebutkan oleh para Mufassir berkenaan nama anjing mereka (iaitu Ashab
al-Kahfi), sebahagian mereka mengatakan namanya Qitmir, sebahagian lain
mengatakan namanya Himran dan lain-lain nama. Kami tidak memanjangkan
perbahasan tentangnya kerana ianya tidak ada apa-apa faedah. Dalam al-Qur'an
terdapat banyak perkara yang tidak diperincikan oleh Allah kepada kita, begitu
juga RasulNya, juga tidak tsabit apa-apa dalil yang menjelaskannya. Perbahasan
tentangnya tidak perlu diperpanjangkan dan ianya tidak mempunya faedah".
(Tafsir Adhwa' al-Bayan oleh al-Imam al-Syanqiti 4/58. Cetakan pertama, tahun
1426 H. Dar 'Alam al-Fawaid, Makkah al-Mukarramah)
Al-Imam Ibnu Hajar Al-‘Asqalani
-rahimahullah-. Beliau mengomentari nama-nama ashabul kahfi dalam Fathul Bari:
وفي النطق بها اختلاف كثير، ولا يقع الوثوق من ضبطها بشيء
“Banyak perselisihan di dalam
penyebutan (nama-nama ashabul kahfi), dan sama sekali tidak ada kepastian yang
dapat dipercaya dalam kebenaran kisah tersebut.” (Fathul Bari 8/111).
No comments:
Post a Comment