Takhrij

Friday, 18 December 2020

Hadith kebersihan adalah sebahagian daripada iman

 

Matan hadith

 

النَّظافةُ من الإيمانِ

 

Terjemahan

 

Kebersihan sebahagian daripada iman.

 

Takhrij

 

HN. Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin 1/111, dengan sedikit perbezaan lafaz.

 

Ibn Bazz berkata dalam al-Fawaid al-‘Ilmiyyah min al-Durus al-Bazziyyah 6/113 berkata hadith ini tidak sahih dirafa’kan kepada Nabi saw. Walaupun hadith ini dhaif, tetapi maknanya sahih dan tsabit dari dalil-dalil sahih yang lain/

 

Juga ditemukan hadith semakna dengannya dengan lafaz:

 

 

نَظَّفُوا فإنَّ الإسلامَ نظيفٌ ولا يَدخلُ الجنةَ إلا نظيفٌ

 

Jagalah kebersihan kerana Islam itu bersih dah hanya orang yang bersih akan memasuki syurga.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/400, daripada Aisyah ra. Hadith ini dhaif kerana terdapat perawi bernama Nua’im bin Muwwari’. Dia dikritik para ulama seperti munkarul hadith oleh al-Bukhari dan al-Uqaili, tidak kuat oleh Abu Hatim ar-Razi dan tidak tsiqah oleh an-Nasaie.

No comments:

Post a Comment