Takhrij

Monday, 14 December 2020

Sedikit dalam mengerjakan sunnah yang sahih lebih baik dari banyak amalan tapi ia bidaah

 

Matan atsar

 

عن عبد الله بن مسعود أنه قال: اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة

 

Terjemahan

 

Daripada  Ibn Mas'ud ra yg berkata: Bersederhana atau berdikit dalam mengerjakan sunnah lebih baik dari keterlaluan dalam melakukan bidaah.

 

Takhrij

 

HR. Darimi no. 223, al-Lalikai, sanadnya kuat menurut Husain Salim Ad-Daroni dan ianya atsar yang sahih (Silsilah Hadith Sahih 5/14).

 

Manakala daripada Ubay bin Ka’ab ra ia berkata:

 

عليكم بالسبيل والسنة ، فإنه ما على الأرض من عبد على السبيل والسنة ذكر الله ففاضت عيناه من خشية ربه فيعذبه الله أبدا ، وما على الأرض من عبد على السبيل والسنة ذكر الله في نفسه فاقشعر جلده من خشية الله إلا كان مثله كمثل شجرة قد يبس ورقها فهي كذلك إذا أصابتها ريح شديدة فتحات عنها ورقها إلا حط الله عنه خطاياه ، كما تحات عن تلك الشجرة ورقها ، وإن اقتصادا في سبيل وسنة خير من اجتهاد في خلاف سبيل وسنة

 

“Berpeganglah kalian dengan jalan dan sunnah, kerana tidak ada seorang hamba pun yang diatas jalan dan sunnah kemudian ia berzikir kepada Allah dan berlinang air matanya kerana takut kepada Allah, tidaklah ia akan tersentuh oleh neraka. Dan tidaklah seorang hamba yang ada di atas jalan dan sunnah, lalu berzikir kepada Ar-Rahman, meremang kulit-kulitnya kerana takut kepada Allah, kecuali seperti pohon yang kering daun-daunnya. Maka tidaklah yang dilakukan hamba tadi melainkan (menjadikan) berguguranlah dosa-dosanya, seperti bergurannya daun-daun dari pohonnya. Sesungguhnya bersederhana di dalam sunnah itu lebih baik daripada bersungguh-sungguh di dalam (amalan) yang menyelisihi jalan dan sunnah”. (HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Musannafnya hal. 91-92, Ibnu Mubarak dalam al-Zuhd no. 1698, atsar hasan hukumnya marfu')

No comments:

Post a Comment