Takhrij

Thursday, 21 January 2021

Hadith kelebihan menjawab azan bagi wanita dan lelaki

 

Matan hadith

 

يا معشرَ النِّساءِ إذا سَمِعْتُنَّ أذانَ هذا الحبَشيِّ وإقامتَهُ فقُلنَ كما يقولُ فإنَّ لَكُنَّ بِكُلِّ حرفٍ ألفَ ألفِ درجةٍ فقالَ عمرُ: هذا للنِّساءِ فما للرِّجالِ قالَ: ضِعفانِ يا عمرُ

 

Terjemahan

 

Wahai wanita jika kalian mendengan azan dan iqamah dari si Habsyi (Bilal) ini, maka jawablah sebagaimana yang dikatakan oleh beliau, kerana setiap hurufnya itu, kalian akan mendapatkan pahala seribu darjat. Umar ra berkata, Ini pahala untuk kaum wanita, bagaimanapula kaum lelaki? Jawab Rasulullah saw, dua kali ganda ya Umar.

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir 24/16, no. 28, daripada Maimunah ra.

 

al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib  1/150 menilai hadith ini tidak sahih (fihi nakarah).

 

al-Dimyathi dalam al-Mutajir Rabih no. 36, menilai sanadnya parah.

 

Dalam sanadnya terdapat perawi yang tak dikenali, Mansur Ibn Sa'ad dan perawi terlalu dhaif, dilemahkan oleh jumhur nuqqad, Ubbad Ibn Katsir (Majma Zawaid 4/311).

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini sangat munkar (munkar jiddan) dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6009.

 

Rujukan

 

https://hadithanswers.com/an-unreliable-virtue-of-replying-to-the-adhan/

No comments:

Post a Comment