Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam
bersabda,
لَأَعْلَمَنَّ أَقْوَامًا مِنْ أُمَّتِي يَأْتُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
بِحَسَنَاتٍ أَمْثَالِ جِبَالِ تِهَامَةَ بِيضًا فَيَجْعَلُهَا اللَّهُ عَزَّ
وَجَلَّ هَبَاءً مَنْثُورًا قَالَ ثَوْبَانُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا
جَلِّهِمْ لَنَا أَنْ لَا نَكُونَ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَا نَعْلَمُ قَالَ أَمَا
إِنَّهُمْ إِخْوَانُكُمْ وَمِنْ جِلْدَتِكُمْ وَيَأْخُذُونَ مِنْ اللَّيْلِ كَمَا
تَأْخُذُونَ وَلَكِنَّهُمْ أَقْوَامٌ إِذَا خَلَوْا بِمَحَارِمِ اللَّهِ
انْتَهَكُوهَا
Sungguh saya telah mengetahui bahawa
ada suatu kaum dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan
sebesar gunung Tihamah yang putih. Kemudian Allah menjadikannya debu yang
berterbangan.” Tsauban bertanya, “Wahai Rasulullah, sebutkanlah ciri-ciri
mereka dan jelaskanlah perihal mereka agar kami tidak menjadi seperti mereka
tanpa disadari.” Beliau bersabda: “Sesungguhnya mereka adalah saudara kalian
dan dari golongan kalian, mereka solat malam sebagaimana kalian, tetapi mereka
adalah kaum yang jika bersendirian mereka menerjang hal yang diharamkan Allah.”
(HR. Ibnu Majah no. 3442, disahihkan oleh Syeikh al-Albani).
Dan hadith Abu Hurairah
radhiallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda,
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ ، وَإِنَّ مِنْ
الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ
وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ : يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ
كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ، وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ
اللَّهِ عَنْهُ
Seluruh umatku diampuni kecuali
al-mujaahirun (orang yang melakukan al-mujaaharah). Dan termasuk bentuk
al-mujaaharah adalah seseorang berbuat dosa pada malam hari, kemudian di pagi
hari Allah telah menutupi dosanya namun dia berkata, “Wahai fulan semalam aku
telah melakukan dosa ini dan itu.” Allah telah menutupi dosanya di malam hari,
akan tetapi di pagi hari dia membuka kembali dosa yang telah ditutup oleh Allah
tersebut.” (HR. Bukhari no. 6069 dan Muslim no. 2990).
Penjelasan Isykal
Sebahagian orang mengalami
kesulitan dalam mengkompromikan dua hadith ini dikeranakan secara tekstual
kedua hadith ini memiliki kandungan yang bertentangan.
Pada hadith pertama, iaitu
hadith Tsauban radhiallahu ‘anhu, pelaku maksiat yang melakukan maksiatnya
ketika sendirian, tidak diketahui orang lain, dikatakan amalannya menjadi
sia-sia dan diancam siksa neraka.
Sedangkan berdasarkan kandungan hadith
kedua, iaitu hadith Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, semestinya mereka yang menyembunyikan
maksiatnya termasuk ke dalam golongan yang diampuni. Kerana yang tidak
diampuni adalah yang menampakkannya (al-mujaahirun).
Dalam mengkompromikan kedua hadith
ini para ulama menempuh beragam cara sebagai berikut:
Pertama: melemahkan hadith
Tsauban.
Alasannya adalah sebagai berikut:
Status salah seorang rawi hadith
ini bernama “Uqbah bin ‘Alqamah bin Hadij al-Ma’aafiriy dinilai lemah.
Al-‘Uqailiy mengatakan,
لا يتابع على حديثه
“Hadith ‘Uqbah tidak memiliki
mutaba’ah”
Ibnu ‘Adiy mengatakan,
روى عن الأوزاعي ما لم يوافقه عليه أحد
“Uqbah meriwayatkan hadith dari
al-‘Auza’i yang tidak disepakati oleh seorang pun”
Selain itu, matan hadith Tsauban
dinilai mungkar dengan alasan ketentuan dalam Islam adalah keburukan tidaklah
menggugurkan pahala kebaikan, namun sebaliknya kebaikanlah yang mampu
menghilangkan keburukan.
Namun, kedua alasan tersebut
kurang tepat mengingat rawi ‘Uqbah bin ‘Alqamah telah dinilai sebagai rawi yang
tsiqah oleh banyak ulama, diantaranya adalah Ibnu Ma’in dan An-Nasaie.
Alasan ulama menolak periwayatan
‘Uqbah adalah jika riwayat tersebut merupakan periwayatan anaknya, Muhammad,
dari ‘Uqbah atau ‘Uqbah membawa suatu riwayat dari al-Auza’i. Sedangkan hadith
Tsauban, bukanlah riwayat ‘uqbah dari al-Auza’i dan tidak pula diriwayatkan
oleh Muhammad dari beliau. Dengan demikian, sanad hadith ini paling kurang pun adalah
hasan. Wallahu a’lam.
Adapun penilaian atas kemungkaran
matan hadith Tsaubah, maka hal ini pun tidak tepat mengingat makna yang sama
dikemukakan dalam surat an-Nisaa ayat 108 di mana Allah ta’ala berfirman,
يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ وَلا يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللَّهِ وَهُوَ
مَعَهُمْ إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لا يَرْضَى مِنَ الْقَوْلِ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا
يَعْمَلُونَ مُحِيطاً
“Mereka bersembunyi dari manusia,
tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka,
ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahasia yang Allah tidak
ridhai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka
kerjakan” (QS. An-Nisaa : 108).
Meski dalam ayat di atas tidak
disebutkan dengan jelas perihal gugurnya amalan mereka, namun hal itu dapat
dipahami dari makna ayat tersebut. Ibnu Katsir rahimahullah berkata dalam
menafsirkan ayat ini,
هَذَا إِنْكَارٌ عَلَى الْمُنَافِقِينَ فِي كَوْنِهِمْ يَسْتَخْفُونَ
بِقَبَائِحِهِمْ مِنَ النَّاسِ لِئَلَّا يُنْكِرُوا عَلَيْهِمْ، وَيُجَاهِرُونَ
اللَّهَ بِهَا لِأَنَّهُ مُطَّلِعٌ عَلَى سَرَائِرِهِمْ وَعَالَمٌ بِمَا فِي
ضَمَائِرِهِمْ؛ وَلِهَذَا قَالَ: {وَهُوَ مَعَهُمْ إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لَا
يَرْضَى مِنَ الْقَوْلِ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا} تَهْدِيدٌ
لَهُمْ وَوَعِيدٌ
“Hal ini merupakan pengingkaran
terhadap orang-orang munafik yang berupaya menyembunyikan keburukan mereka dari
hadapan manusia agar tidak diingkari. Mereka pun pada akhirnya mengakui hal
tersebut kerana Allah mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang ada di
dalam hati mereka. Oleh kerana itu, sebagai bentuk ancaman kepada mereka Allah
berfirman yang artinya, “padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam
mereka menetapkan keputusan rahasia yang Allah tidak ridhai. Dan adalah Allah
Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan” (Tafsiir Ibn
Katsiir).
Kedua: Hadith Tsauban berkenaan
dengan kaum munafikin, sedangkan hadith Abu Hurairah berkenaan dengan kaum
muslimin.
Dengan demikian, tidak ada
kontradiksi antara keduanya. Terlebih lagi jika kita memaknai karakter
kemunafikan di sini sebagai kemunafikan ‘amaliy yang tidak menafikan ikatan
keimanan atau tidak mengeluarkan pelaku perbuatan yang tersebut dalam hadith
Tsauban dari lingkup keislaman.
Realiti yang ada membenarkan hal
tersebut. Jika kita merenungkan keadaan sebahagian saudara kita yang nampak
secara lahiriah berpegang teguh dengan agama namun terjerumus ke dalam
kemungkaran, dan dengan mendengar pengakuan dari mereka sendiri yang telah
bertaubat, tentu akan menjumpai hal yang mencengangkan.
Di antara mereka ada yang
bermaksiat tatkala bersendirian dengan menyaksikan video dan melihat sesawang
yang mengandungi konten tidak senonoh, serta menggunakan identiti palsu agar
dapat berkomunikasi dengan lawan jenis non-mahram. Kita dapat melihat bahawa
mereka yang melakukan hal tersebut secara lahiriah konsisten terhadap ajaran
agama, nampak dalam pakaian, solat, dan puasa yang dikerjakan. Pada mereka
inilah ancaman dalam hadith Tsauban radhiallahu ‘anhu ditujukan, sebagai
ancaman kerana perbuatan mereka serupa dengan orang-orang munafik, atau dikeranakan
mereka menjadi musuh iblis secara lahiriah, namun menjadi teman iblis di kala
bersendirian sebagaimana yang dikemukakan oleh sebagian ulama salaf.
Ibnu Hajr al-Haitami rahimahullah
mengatakan,
الكبيرة السادسة والخمسون بعد الثلاثمائة : إظهار زي الصالحين في الملأ ،
وانتهاك المحارم ، ولو صغائر في الخلوة : أخرج ابن ماجه بسند رواته ثقات عن ثوبان
رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : ( لأعلمنَّ أقواماً مِن أمتي
يأتون
“Dosa besar ketiga ratus lima
puluh enam (356) adalah menampakkan kesolehan di hadapan manusia, namun
menerjah perkara yang diharamkan Allah, meski dosa kecil di kala bersendiri.
Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad para perawi yang tsiqah dari Tsauban
radhiallahu ‘anhu dari nabi shallallalu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,
“Sungguh saya telah mengetahui bahawa ada suatu kaum dari umatku…”” (az-Zawajir
‘an Iqtirafi al-Kabair 2/764).
Ketiga: Sabda Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam “إذَا خَلوا
بِمَحَارِمِ الله” tidak hanya bererti bahawa pelaku dalam hadith Tsauban
melakukan apa yang dilarang Allah tatkala bersendirian di rumah!
Namun dapat diertikan bahawa
mereka terkadang melakukan hal tersebut bersama dengan kawan-kawan dan orang
yang semisal dengannya. Dengan demikian, dalam hadith Tsauban terkandung
penjelasan perihal mereka bersama-sama bersembunyi dari pandangan manusia untuk
melakukan apa yang dilarang Allah, bukan bererti bahawa setiap dari mereka
menyendiri di rumah masing-masing menerjang larangan Allah.
Mereka itulah yang tidak akan
dimaafkan, sementara yang nampak bagi kami pelaku maksiat yang dimaafkan
sebagaimana disebutkan dalam hadith Abu Hurairah adalah seorang yang dalam
keadaan sendirian melakukan kemaksiatan.
Oleh kerana itu, dalam hadith Abu
Hurairah subjek disebutkan secara tunggal dan spesifik, di mana Allah telah
menutupi aib yang dilakukannya di malam hari sebagaimana dalam kalimat “يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ
وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ”, sedangkan dalam hadith Tsauban terkandung lafaz jamak/plural
mengingat dalam hadith tersebut terdapat kata “قوْم” dan “خَلَوا”.
Asy-Syaikh Muhammad Nashirudin
al-Albani rahimahullah mengatakan,
“Nampaknya kalimat “خلوا بمحارم الله” bukanlah berarti “سرّاً”(sendiri/rahsia), namun apabila terdapat kesempatan mereka
melakukan apa yang dilarang oleh Allah. Dengan demikian kata “خلَوا” bukanlah bererti “سرّاً”, namun memiliki erti yang sama sebagaimana terdapat dalam
sya’ir “خلا لكِ الجو فبيضي واصفري”” (Silsilah Huda wa an-Nuur kaset no.
225).
Keempat: yang disebutkan dalam hadith
Tsauban adalah orang yang menghalalkan maksiat atau melampaui batas
Mereka yang disebutkan dalam hadith
Tsauban disifati dengan kalimat “ينتهكون محارم الله” (menerjang larangan Allah). Sifat ini menunjukkan akan
penghalalan mereka terhadap larangan Allah tersebut atau menunjukkan bahawa
mereka sangat melampaui batas dalam melakukannya dalam kondisi tersebut.
Melampaui batas kerana mereka merasa aman dari makar dan siksa Allah, serta
absennya perhatian mereka bahawa sebenarnya Allah pasti mengetahui perbuatan
mereka.
Oleh kerana itu, mereka berhak
memperoleh hukuman berupa gugurnya amalan soleh yang telah dikerjakan oleh
mereka. Ancaman yang ada dalam hadith tersebut semata-mata bukan dikeranakan
melakukan kemaksiatan. Inilah mengapa Tsauban radhiallahu ‘anhu bertanya kepada
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk menjelaskan sifat mereka kerana
khawatir para sahabat juga termasuk di dalam ancaman tanpa disadari. Pertanyaan
semisal ini merupakan pertanyaan yang dilakukan untuk mengenal keadaan hati
pelaku kemaksiatan tersebut, bukan semata-mata untuk mengetahui perbuatan
mereka.
Asy-Syaikh Muhammad al-Mukhtar
asy-Syinqithiy hafizhahullah mengatakan, “Maksud dari hadith ini adalah mereka
memiliki sifat meremehkan dan … Allah, sehingga terdapat perbedaan antara
kemaksiatan yang mendatangkan penyesalan dengan kemaksiatan yang tidak
mendatangkan penyesalan bagi pelakunya. Berbeda seorang yang bermaksiat ketika
sendiri dengan seorang yang meremehkan Allah, di mana kebaikannya di hadapan
manusia merupakan tindakan riya’ meski banyak seperti gunung. Apabila dirinya
berada di tengah-tengah orang shalih, dirinya menampakkan amalan yang baik kerana
berharap sesuatu kepada manusia, bukan berharap pahala kepada Allah. Maka,
orang ini mengerjakan amal shalih yang banyaknya seperti gunung, secara lahiriah
merupakan kebaikan, akan tetapi tatkala bersendirian dirinya menerjang larangan
Allah. Tatkala tersembunyi dari pandangan manusia, dia tidak mengagungkan Allah
dan tidak pula takut kepada-Nya.
Berbeza dengan seorang yang
bermaksiat ketika bersendirian namun di dalam hatinya terdapat penyesalan, dia
tidak menyukai dan membenci kemaksiatan tersebut, serta Allah memberikan kurnia
penyesalan atas kemaksiatan yang telah dilakukan. Seorang yang bermaksiat dalam
keadaan bersendirian namun merasa menyesal dan merasa terluka atas kemaksiatan
yang dilakukan, bukanlah dikatakan sebagai orang yang menerjang larangan Allah kerana
pada asalnya orang tersebut mengagungkan syiar-syiar Allah, namun syahwat telah
menguasainya sehingga dia pun menyesali kemaksiatan tersebut. Adapun orang yang
sebelumnyaadalah pribadi yang berkarakter lancang danberani menentang Allah.
Inilah makna dari hadith Tsauban
mengingat hadith tersebut tidaklah menerangkan perihal satu orang, dua orang
atau berbicara tentang kriteria tertentu, namun hadith tersebut menerangkan
sifat-sifat secara sempurna. Di antara manusia ada yang bermaksiat tatkala
bersendirian dan hatinya memang menentang Allah. Sedangkan yang lain bermaksiat
tatkala bersendiri kerana takluk akan syahwat, namun jika ditelisik lebih jauh,
terkadang keimanan yang dimilikinya mampu mengalahkan syahwat tersebut dan
mampu mencegah dirinya untuk bermaksiat. Akan tetapi dalam beberapa kondisi
syahwat membutakannya kerana memang syahwat mampu membutakan dan membuat
seorang jadi tuli sehingga dia tidak mampu menerima nasehat. Akhirnya dia pun
terjerumus ke dalam kemaksiatan dan digelincirkan setan. Allah berfirman,
إِنَّمَا اسْتَزَلَّهُمُ الشَّيْطَانُ بِبَعْضِ مَا كَسَبُوا وَلَقَدْ
عَفَا اللَّهُ عَنْهُمْ
“Hanya saja mereka digelincirkan
oleh setan, disebabkan sebagian kesalahan yang telah mereka perbuat (di masa
lampau) dan sesungguhnya Allah telah memberi maaf kepada mereka. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun” (Ali ‘Imraan : 155).
Ayat di atas menerangkan bahawa
apabila hamba digelincirkan setan hingga bermaksiat, namun di lubuk hatinya
masih terdapat pengakuan bahawa dirinya telah berbuat dosa, Allah juga
mengetahui tatkala bermaksiat ada penyesalan dalam dirinya, benci akan
kemaksiatan tersebut hingga sebahagian di antara mereka ketika bermaksiat ada
yang berangan-angan agar dirinya diwafatkan sebelum melakukan kemaksiatan
tersebut. Orang yang demikian ini sebenarnya orang yang masih mengagungkan
Allah, akan tetapi dia belum diberi karunia berupa keimanan yang dapat menghalanginya
dari perbuatan maksiat. Dan terkadang Allah mengujinya dengan kemaksiatan
tersebut dikeranakan dia telah menghina orang lain, derhaka pada orang tua,
atau memutus silaturahim sehingga Allah tidak menurunkan rahmat-Nya. Boleh juga
dia menyakiti ulama atau salah seorang wali Allah sehingga Allah pun
mengumumkan perang terhadap dirinya. Dengan demikian kondisi orang tersebut
layaknya seorang yang sedang dihinakan meski dalam hatinya dia tidak redha
terhadap perbuatan tersebut.
Maka, seorang yang bermaksiat
tatkala bersendirian memiliki beberapa tingkatan. Di antara mereka melakukan
kemaksiatan dan dalam hatinya terdapat sikap lancang dan meremehkan Allah. Anda
dapat melihat sebagian pelaku kemaksiatan ketika bermaksiat, di mana tidak ada
seorang pun yang melihat dan memperingati dirinya, dia melakukan kemaksiatan
tersebut dengan bangga, angkuh, dan pencemuhan terhadap Allah. Mereka
mengucapkan kalimat-kalimat penghinaan dan melakukan berbagai perbuatan yang
meremehkan kekuasaan Allah, tatkala seseorang menasehatinya dia pun menolak
dengan penuh keangkuhan sehingga dirinya menganggap remeh keagungan Allah,
agama dan syari’at-Nya. Orang ini secara lahiriah apabila berada di hadapan
manusia dia tetap solat dan berpuasa, namun jika bersendirian dia bermaksiat
dan meremehkan keagungan Allah –wal ‘iyaadzu billah-. Orang yang demikian tentu
tidak sama dengan mereka yang terkalahkan oleh syahwat, terfitnah dengan apa
yang dilihatnya namun menyadari bahawa kemaksiatan yang dilakukannya dapat
membawa musibah dan kehancuran. Dia mengerjakan kemaksiatan tersebut, namun
hatinya tidak nyaman dengan maksiat tersebut, merasa terluka dan menyesal
ketika telah melakukannya.
Dengan demikian, kandungan hadith
Tsauban ini tidak bersifat mutlak. Kandungan dari hadith ini hanya mencakup
mereka yang bermaksiat di kala bersendirian dan di dalam dirinya terdapat
penentangan dan sikap meremehkan ketentuan-ketentuan Allah –wal ‘iyaadzu
billah-” (Syarah Zaad al-Mustaq’ni’).
Rujukan
No comments:
Post a Comment