Takhrij

Thursday, 21 January 2021

Perkataan salaf mengenai bidaah

 

Perkataan Ibnu Abbas ra

 

قال عبد الله بن عباس رضي الله عنهما : إن أبغض الأمور إلى الله البدع

 

Berkata Abdullah bin Abbas radhiyallahu 'anhuma : Sesungguhnya diantara perkara-perkara yang paling di benci disisi Allah adalah Bid'ah (AR. Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 8573, sanadnya jayyid).

 

Perkataan Umar ra

 

عن عبدالله بن عكيم أن عمر -رضي الله عنه- كان يقول : إن أصدق القول قول الله، وإن أحسن الهدى هدى محمد صلى الله عليه

وسلم، وإن شر الأمور محدثاتها، ألا وإن كل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار

 

Dari Abdullah bin Ukaim sesungguhnya Umar radhiyallahu 'anhu berkata :Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah perkataan Allah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam, dan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan, ketahuilah setiap yang diada-adakan adalah bid'ah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan ada di neraka. [Al-Luma'u Fii Raddi 'Ala Muhassinil Bid'iy, hal. 13-14]

 

 

Perkataan Abdullah bin Mas'ud ra

 

 :قال عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه

اتبعوا ولا تبتدعوا، فقد كفيتم، وكل بدعة ضلالة

 

Berkata Abdullah bin Mas'ud -radhiyallahu 'anhu- : Ikutilah jangan kalian mengada-ada, kerana kalian telah dicukupi, dan seluruh bidaah itu sesat [Al-Luma'u Fii Raddi 'Ala Muhassinil Bid'iy, hal. 13-14]

 

Perkataan Abdullah bin Umar ra

 

:قال عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما

كل بدعة ضلالة، وإن رآها الناس حسنة

 

Berkata Abdullah bin Umar -radhiyallahu 'anhuma : Setiap bidaah itu sesat, walaupun manusia memandangnya baik. [Al-Luma'u Fii Raddi 'Ala Muhassinil Bid'iy, hal.13-14]

 

Perkataan Ibnu Mas'ud ra

 

قال ابن مسعود رضي الله عنه: الاقتصاد في السنة خيرٌ من الاجتهاد في البدعة

 

Berkata Ibnu Mas'ud radhiyallahu 'anhu : Sederhana dalam melaksanakan sunnah lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam melakukan kebidaahan.

 

وفي بعض الآثار: ما أحدث قومٌ بدعة إلا أضاعوا مثلها من السُّنة

 

Dalam sebagian atsar (dikatakan) :  Tidaklah suatu kaum mengada-adakan kebidaahan kecuali mereka telah menghilangkan sunnah yang semisal dengan bidaah tersebut.  [https://www.alukah.net/sharia/0/113657/]

 

Perkataan Imam Malik bin Anas

 

من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة، فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله تعالى يقول : «ٱلْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلْإِسْلَـٰمَ دِينًۭا», فما لم يكن يومئذ دينا، فلا يكون اليوم دينا.

 

Barangsiapa yang membuat suatu kebidaahan didalam Islam yang dia melihatnya sebagai suatu kebaikan, maka sungguh dia telah menuduh Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam telah berkhianat terhadap risalah, karena Allah Ta'ala telah berfirman :

 

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, “maka apa saja yang bukan agama pada hari itu, tidak akan menjadi agama pada hari ini”. [Al-Luma'u Fii Raddi 'Ala Muhassinil Bid'iy, hal. 8-9]

 

Perkataan Imam Sufyan Ats-Tsauri

 

وقال سفيان الثوري : البدعة أحب إلى إبليس من المعصية، المعصية يتاب منها، والبدعة لا يتاب منها

 

Berkata Sufyan Ats-Stauri :Bidaah itu lebih dicintai oleh Iblis daripada kemaksiatan, kerana pelaku maksiat masih ingin bertaubat dari kemaksiatannya, sedangkan pelaku bidaah tidak ada keinginan bertaubat dari kebidaahannya" [Al-Luma'u Fii Raddi 'Ala Muhassinil Bid'iy, hal. 5]

 

Perkataan Muhammad bin Abdirrahman Al-Adamiy

 

قال محمد بن عبد الرحمان الأدمي لرجل تكلم بدعة ودعا الناس إليها : هل علمها رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبو بكر وعمر وعثمان وعلي، أو لم يعلموا؟ قال : لم يعلموها. قال فشيء لم يعلمه هؤلاء أعلمته انت؟!! قال الرجل : فإني أقول : قد علموها. قال : أفواههم ألا يتكلموا به، ولا يدعوا الناس إليه أم لم يسعهم؟ قال : بلى وسعهم. قال : فشيء وسع رسول الله صلى الله عليه وسلم وخلفاءه لا يسعك أنت؟!! فانقطع الرجل. فقال الخليفة -وكان حاضرا- لا وسع الله على من لم يسعه ما وسعهم.

 

Berkata Muhammad bin Abdirrahman Al-Adamiy kepada seorang laki-laki yang berkata dengan perkataan bidaah dan mengajak manusia kepadanya : Apakah hal tersebut telah diketahui oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali atau mereka tidak mengetahuinya? Dia (Laki-laki) itu berkata : mereka tidak mengetahuinya. Berkata Al-Adamiy : Apakah sesuatu yang mereka (Nabi dan para khalifah) tidak mengetahuinya lalu kamu lebih mengetahui tentang permasalahan tersebut?!! Berkata laki laki tersebut (meralat ucapannya) : Maka sesungguhnya aku katakan : Sungguh mereka telah mengetahuinya. Berkata Al-Adamiy : Apakah tidak berbicara dengan perkara tersebut dan tidak mendakwahkan manusia kepadanya telah mencukupi mereka (Nabi dan para khalifah) atau apakah tidak mencukupi mereka? Berkata dia (laki-laki tersebut) : Bahkan telah mencukupi mereka. Berkata dia (Al-Adamiy) : Maka apakah sesuatu yang telah mencukupi Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dan para khalifahnya justru tidak mencukupimu?!! Maka terdiamlah laki-laki tersebut. Maka khalifah -yang hadir- pun berkata : "Semoga Allah tidak mencukupi orang yang tidak merasa cukup dengan apa-apa yang telah mencukupi mereka (Nabi dan para khalifahnya). [Syarah Lum'atil I'tiqaad Al-Haadi ila Sabiilir Rasyad, hal. 23]

No comments:

Post a Comment