Takhrij

Sunday, 21 February 2021

Hadith kelebihan ayat 1000 dinar

 

Matan hadith

 

[عن أبي ذر الغفاري:] إني لَأَعْلَمُ آيةً لو أخذ الناسُ بها لَكَفَتْهُم: وَمَنْ يَتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِب

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya saya mengetahui satu ayat, sekiranya semua manusia mengambilnya nescaya ayat tersebut dapat menncukupi mereka." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, ayat apakah itu?" Beliau menjawab: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan jalan keluar baginya."

 

Takhrij

 

HR. an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 11603, Ibnu Majah no. 4220, Ahmad no. 21551.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Takhrij Misykatul Masabih no. 5236 sanadnya terputus, dan juga Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Syarah al-Thahawiyah no. 509.

No comments:

Post a Comment