Takhrij

Thursday, 11 February 2021

Hadith peristiwa kematian dan himpitan kubur (Sa’ad bin Mu’az)

 

 

1.

 

اهْتَزَّ العَرْشُ لِمَوْتِ سَعْدِ بْنِ مُعَاذٍ

 

“Bergegar ‘Arash ketika kematian Sa’ad bin Mu’az.” (HR. Bukhari no. 3803 dan Muslim no. 2467).

 

2.

 

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَهَذَا الْعَبْدُ الصَّالِحُ الَّذِي تَحَرَّكَ لَهُ الْعَرْشُ وَفُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ شُدِّدَ عَلَيْهِ فَفَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ وَقَالَ مَرَّةً فُتِّحَتْ وَقَالَ مَرَّةً ثُمَّ فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ وَقَالَ مَرَّةً قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِسَعْدٍ يَوْمَ مَاتَ وَهُوَ يُدْفَنُ

 

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Inilah hamba soleh yang  Arasy (singgasana Allah) bergetar, dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit yang sulit untuknya, lalu Allah memudahkan untuknya" sekali-sekali (Jabir bin Abdullah Radliyallahu'anhu) berkata: "Dibukakan", dan sekali-sekali (Jabir bin Abdullah Radliyallau'anhu) berkata: Allah memudahkan untuknya, dan sekali-sekali (Jabir bin Abdullah Radliyallahu'anhu) berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang demikian itu untuk Sa'ad ketika meninggal dan dikuburkan (HR. Ahmad no. 14505, Syeikh al-Arnauth menilai hadith ini sahih lighairih, Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan dalam Silsilah Hadith Sahih no. 3348).

 

 

3.

 

هَذَا الَّذِى تَحَرَّكَ لَهُ الْعَرْشُ وَفُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَشَهِدَهُ سَبْعُونَ أَلْفًا مِنَ الْمَلاَئِكَةِ لَقَدْ ضُمَّ ضَمَّةً ثُمَّ فُرِّجَ عَنْهُ

 

Inilah yang membuat ‘Arsy bergerak, pintu-pintu langit dibuka, dan disaksikan oleh tujuh puluh ribu malaikat. Sungguh ia dihimpit dan dihimpit (oleh kubur). Akan tetapi kemudian dibebaskan.” (Disahihkan oleh syaikh al-Albani rahimahullah (HR. Nasaie no. 2055, Abu Nua’im dalam Ma’rifatul Sahabah no. 3111, daripada Ibnu Umar ra, disahihkan oleh al-Wadi’ie dalam Sahih Musnad no. 781, dan sanadnya sahih menurut Syeikh al-Albani dalam takhrij Misykah Al-Mashabih no. 132; Silsilah Ash-Shahihah, no. 1695)

 

Dalam hadith dalam musnad Imam Ahmad disebutkan,

 

إِنَّ لِلْقَبْرِ ضَغْطَةً وَلَوْ كَانَ أَحَدٌ نَاجِياً مِنْهَا نَجَا مِنْهَا سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ

 

“Sesungguhnya kubur mempunyai himpitan, jika ada seorang yang selamat darinya nescaya selamat darinya adalah Sa’ad bin Mu’adz.” (HR. Ahmad no. 24283, daripada Aisyah ra,  Syaikh Syuaib Al-Arnauth mengatakan bahawa hadith ini sahih).

 

‘Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

لَوْ نَجَا أَحَدٌ مِنْ ضَمَّةِ الْقَبْرِ لَنَجَا سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ و لَقَدْ ضُمَّ ضَمَّةً ثُمَّ روخي عَنْهُ

 

“Jikalau ada seorang yang selamat dari penyempitan kubur, nescaya Sa’ad bin Mu’adz akan selamat. Akan tetapi, sungguh kuburnya telah disempitkan dengan sangat sempit, kemudian dilapangkan (setelah itu) untuknya. (HR. Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab Sahih Jami’, no. 5306)

 

 

 

4.

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ لَمَّا حُمِلَتْ جَنَازَةُ سَعْدِ بْنِ مُعَاذٍ قَالَ الْمُنَافِقُونَ مَا أَخَفَّ جَنَازَتَهُ وَذَلِكَ لِحُكْمِهِ فِي بَنِي قُرَيْظَةَ فَبَلَغَ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ الْمَلَائِكَةَ كَانَتْ تَحْمِلُهُ

 

Daripada Anas bin Malik dia berkata: Ketika jenazah Sa'd bin Mu'adz di usung (ke pemakaman), orang-orang munafik berkata: "Alangkah ringan jenazah ini, hal itu mungkin kerana keputusannya terhadap Bani Quraidlah." Ternyata perkataan mereka sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, maka beliau bersabda: "Sesungguhnya para Malaikat ikut mengusung jenazahnya (HR. Tirmidzi no. 3849, Ibnu Hibban no. 7032, imam Tirmidzi menilai hadith ini hasan sahih gharib, manakala ia disahihkan oleh  Syeikh al-Albani dan Syeikh al-Arnauth).

No comments:

Post a Comment