Zikir radhitubillahi rabba pada petang hari, maka Allah akan meredhainya
Matan hadith
[عن ثوبان مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم:] مَن قال حين يُمسي: رَضيتُ باللهِ ربًّا، وبالإسلامِ دينًا، وبمحمَّدٍ نبيًّا، كان حقًّا على اللهِ أن يُرضيَه
Terjemahan
Barangsiapa pada petang hari mengucapkan: RADHIITU BILLAAHI RABBAN WA BIL ISLAMI DIINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYYAN (aku ridha Allah sebagai Tuhanku dan Islam sebagai agamaku serta Muhammad sebagai Nabi) maka hak atas Allah untuk meredhainya."
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 3389
Hasan gharib (baca dhaif) oleh Imam Tirmidzi
Syeikh al-Albani mendhaifkannya.
Ibnu Hajar menghasankan hadith tersebut dalam Nataij al-Afkar 2/371.
Boleh di amalkan,
kerana ada hadith penyokongnya dari seorang sahabat Nabi saw, diriwayatkan dalam Musnad Ahmad no. 23111 dan 23112 dengan tambahan lafaz .....baca pada waktu pagi...
Syeikh al-Arnauth menilai hadith ini sahih lighairih.
No comments:
Post a Comment