Takhrij

Sunday, 18 April 2021

Hadith membaca al-Fatihah selepas solat

 

Matan hadith

 

لما نزلت الحمد لله رب العالمين، وآية الكرسي، وشهدالله، وقل: اللهم مالك الملك إلى بغيرحساب. تعلقن بالعرش وقلن: أنزلتنا على قوم يعملون بمعاصيك؟ فقال: وعزتي وجلالي وارتفاع مكاني لا يتلوكن عبد دبركل صلاة مكتوبة إلا غفرت له ماكان فيه وأسكنته جنة الفردوس، ونظرت إليه كل يوم سبعين مرة، وقضيت له سبعين حاجة، أدناها المغفرة.

 

Terjemahan

 

Ketika al-Fatihah, Ayat Kursi, dan dua ayat dari surat Ali Imran (ayat 18-19, dengan 26), diturunkan-Nya, maka semuanya bergantungan di singgasana-Nya lalu berkata, 'Engkau turunkan kami kepada kaum yang senang bermaksiat kepada-Mu?' Maka Allah berfirman, Demi Keagungan-Ku, Kemahakuasaan-Ku, dan Ketinggian Martabat-Ku, tidaklah orang yang membaca kalian (ayat-ayat itu) pada setiap usai solat wajib, kecuali pastilah Aku ampuni dia, dan Aku tempatkan dia di dalam syurga Firdaus, dan Aku perhatikan dia setiap hari tujuh puluh kali, dan Aku penuhi tujuh puluh kebutuhannya, dan yang paling rendah adalah ampunan

 

Takhrij

 

HR. ad-Dailami dalam kitab Musnad al-Firdaus,  disebutkan oleh al-Suyuthi dalam kitabnya al-Aali 1/229-230 dengan menyatakannya sebagai saksi penguat hadis sebelumnya (Silsilah Hadith Dhaif no. 698). Selain itu dia tidak berkomentar. Sungguh (ini) merupakan kealpaan. Sebab Ibnu Raisan telah disebutkan oleh az-Zahabi seperti berikut:

 

Ibnu Raisan telah kritik oleh Ibnu Adi.

 

Sedangkan Ibnu Yunus menyatakannya sebagai perawi yang tidak kuat dan tidak dapat dipercayai.

 

Bahkan Abu Bakar al-Khatib dengan tegas menyatakannya sebagai pendusta. (Silsilah Hadith Dhaif no. 699).

 

 

Matan hadith

 

ان فاتحة الكتاب وآية الكرسي والآيتين من آل عمران: شهد الله أنه، لاأله إلا هو والملائكة وأولوا لعم قائما بالقسط لا إله إلاهو العزيز الحكيم. إن الدين عند الله الإسلام و قل اللهم مالك الملك تؤتي الملك من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء و تعز من تشاء، وتذل من تشاء. إلى قوله: وترزق من تشاء بغير حساب. هن مشفعات، مابينهن وبين الله حجاب، فقلن: يارب! تهبطنا إلى أرضك وإلى من يعصيك؟ قال الله: بي حلفت لايقرؤهن أحد من عبادي دبر كل صلاة إلا جعلت الجنة مأواه على ماكان فيه، وإلا أسكنته حظيرة الفردوس، وإلا قضيت له كل يوم سبعين حاجة أدناها المعفرة.

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya surah al-Fatihah, ayat al-Kursi dan dua ayat dari surah Ali-Imran (ayat 18-19 , dengan ayat ke-26) adalah ayat-ayat yang memberi syafaat yang tidak ada penghalang antara ayat-ayat itu dengan Allah. Ayat-ayat itu berkata: Wahai Tuhan, Engkau turunkan kami ke bumi-Mu dan di tengah orang-orang yang bermaksiat kepada-Mu? Allah berfirman: Dengan Zat-Ku Aku bersumpah, tidaklah seorang dari hamba-Ku yang membaca ayat-ayat tadi pada setiap selesai solat kecuali pastilah Aku jadikan baginya syurga tempat kembalinya, atau Aku tempatkan di dalam syurga Firdaus atau Aku penuhi baginya setiap hari 70 keperluan dan yang paling rendah adalah keampunan.

 

 

Takhrij

 

Ibnu Hibban dalam kitab al-Majruhin 1/218, Ibnu Sunni no. 322, daripada Ali bin Abi Thalib ra.

 

Ibnu Hibban menilai hadith ini palsu.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 698.

 

Sementara itu, Ibnu al-Jauzi rahimahullah setelah membawakan hadith di atas berkata di dalam kitabnya, al-Maudhu'at 1/245:

 

Saya telah hadith mendengar ini sejak kecil. Saya mengamalkannya selama 30 tahun, kerana aku menyangka bahawa para perawinya kuat. Ketika saya mengetahui hadith ini maudhu’ (palsu), saya pun meninggalkannya. Seorang berkata kepadaku: Bukankah perbuatan ini baik? Saya menjawab: Kebaikan adalah apa yang telah disyariatkan.

 

Apabila kita mengetahui hal ini merupakan kebohongan, maka ia tidak termasuk yang disyariatkan. Perlu ditegaskan bahawa yang dikatakan bidaah di sini bukanlah terletak pada ayat-ayat tersebut kerana membacanya adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan oleh agama. Ia hanya dianggap sebagai bidaah apabila amalan membaca tersebut dikhususkan pada setiap kali selesainya mengerjakan ibadah solat fardhu.

 

 

No comments:

Post a Comment