Takhrij

Thursday, 27 May 2021

Perawi dituduh berdusta, adakah selamanya dia berdusta?

 

Perawi yang penipu atau dituduh penipu ada kemungkinan dia bercakap benar. Ini disebut oleh ibnu Hajar bahawa penilaian palsu pada hadis bukanlah satu kepastian, tetapi kemungkinan besar. Ini kerana penipu bukan bermakna dia akan menipu pada semua keadaan dan perkataan.

 

والحكم عليه بالوضع إنما هو بطريقِ الظنِّ الغالبِ، لا بالقطْع إذ قد يَصْدق الكذوب

[ابن حجر العسقلاني، نزهة النظر في توضيح نخبة الفكر ت الرحيلي ط 2، ١٠٥/١]

 

Peristiwa iblis yang baginda Rasulullah SAW sifatkan, dia berkata benar padahal dia adalah penipu, ialah bukti keadaan ini.

 

Walaupun begitu, kemungkinan kecil begini hampir tidak berguna kerana dia tidak lagi dipercayai dan keperibadiannya tercalar.

 

Rujukan

 

Dr. Muslim, telegram MSO-D1- Hadith 21/3/2021

 

 

No comments:

Post a Comment