Dalam teks Bidayah Wal Nihayah diceritakan Kisah Abdah Bin Adul rahim ....
وفيها (278 هـ) توفي عبدة بن عبد الرحيم..ذكر ابن الجوزي أن هذا الشقي كان
من المجاهدين كثيرا في بلاد الروم..
Pada tahun (278H), telah wafat
Abdah bin Abdurrahim .., telah disebutkan oleh Ibnul Jauzi bahawa dulunya yang
bernasib malang ini termasuk dari kalangan lelaki yang sering berjihad di
negeri Rom..
إذ نظر إلى امرأة من نساء الروم في ذلك الحصن فهويها فراسلها ما السبيل إلى
الوصول إليك ؟
Ketika dalam satu peperangan,
Pemuda ini terpandangan seorang wanita cantik dari kalangan wanita
Nasrani..Oleh kerana terpesona melihat kecantikan wanita Rom tersebut..lalu dia
mngutus surat dan bertanya dalam suratnya, Bagaimana Aku boleh dapat bersama
Mu..
Apa Jawab Wanita itu..
فقالت أن تتنصر وتصعد إلي..
Kamu masuk ke dalam agama
Nashrani lalu kamu dapat menemuiku dan memiliki ku ”..
Terjadilah apa yang terjadi..
maka ketika tentera Muslimin berjaya mengepung kawasan dan benteng Tentera Rom
, dan mendapati Abdah Bin Abd Rahim ada bersama dengan wanita tersebut bersama
tentera Kristian.. Apa kata tentera Muslim kepada Abdah Abd Rahim ?
فقالوا: يا فلان ما فعل قرآنك ؟ ما فعل علمك ؟ ما فعل صيامك ؟ ما فعل جهادك
؟ ما فعلت صلاتك ؟
Dan Telah bertanya kepada Abdah,
Apa Yang telah terjadi terhadap Quran yang kamu hafaz..? Apa yang terjadi
dengan Ilmu kamu ? Apa Yang Terjadi dengan Puasa Kamu ? Dan apa yang jadi
dengan Jihad kamu ? Apa yang Jadi dengan Solat Kamu ? ( Yang membuat Kamu
Tergoda)
Lalu dijawab dngan ayat Quran..
فقال: اعلموا أني أنسيت القرآن كله إلا قوله ..
“Ketahuilah kamu semuanya,
sesungguhnya aku telah lupa Al Quran kecuali 2 ayat dari Firman-Nya lalu dia
bacakan ayat ini..
رُبَمَا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ كَانُوا مُسْلِمِينَ (2) ذَرْهُمْ
يَأْكُلُوا وَيَتَمَتَّعُوا وَيُلْهِهِمُ الْأَمَلُ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ)}
“Orang-orang yang kafir itu
sering kali (nanti di akhirat) menginginkan, kiranya mereka dahulu (di dunia)
menjadi orang-orang muslim. Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan
bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong), maka kelak mereka
akan mengetahui (akibat perbuatan mereka)” (Surah Al Hijr: Ayat 2-3..)
Takhrij
Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu
Katsir dalam Bidayah wan Nihayah 11/64, Darul Fikr.
Pentahqiq kitab al-Bidayah wan
Nihayah, jaitu Syeikh Abdullah at-Turki mengomentari kisah tersebut:
المصدر السابق أي المنتظم الجزء12 الصفحة 302: فيه أن هذه القصة إنما وقعت
لشاب كان في صحبة عبدة, فالذي تنصر إنما هو ذلك الشاب وليس ((عبدة بن عبد الرحيم))
((وعبدة)) هو راوي القصة وليس هو صاحبها.
Sumber rujukan sebelumnya,
iaitu al-Muntazham 12/302, menjelaskan bahawa kisah ini sebenarnya terjadi pada
seorang pemuda yg menemani Abdah. Jadi yang murtad menjadi nasrani itu adalah
pemuda ini, bukanlah 'Abdah bin Abdurrahim, sedangkan Abdah sendiri adalah
periwayat Kisah tersebut, bukanlah pelakunya."
Pernyataan Syaikh Abdullah
at-Turki di atas, didukung oleh riwayat kisah yang valid, yaitu yang murtad
adalah pemuda yang menemani Abdah, sedangkan Abdah adalah yg menceritakan. Hal
ini boleh disemak di kitab :
1) Al-Muntazham fi Tarikh al-Umam
wal Muluk 5/301 no. 1855.
2) Tarikhul Islam wa Wafiyatul
Masyahir wal A'lam karya Az-Zahabi 5/1176
3)Mukhtashar Tarikh Dimasyqi
karya Ibnu Syaikh, yang ditulis oleh Ibnu Manzhur 15/296.
4) Tarikh Dimasyq Ibnu Asakir
37/378
5) Syuabul Iman 4/54
Lihat teksnya:-
قال عبدة بن عبد الرحيم دخلنا بلاد الروم وكان معنا شاب يقطع نهاره بقراءة
القرآن والصوم وليلة بالقيام وكان من أعلم الناس بالفرائض والفقة فمررنا بحصن لم
نؤمر أن نقف عليه فمال إلى ناحية الحصن ونزل عن فرسه يبول فنظر إلى من ينظر من فوق
الحصن فرأى امرأة فاعجبته فقال لها بالرومية كيف السبيل إليك فقالت هين تنصر فنفتح
لك الباب وأنا لك ففعل ودخل الحصن فنزل بكل واحد منا من الغم ما لو كان ولده من
صلبه ما كان أشد عليه فقضينا غزاتنا فرجعنا فلم نلبث إلا يسيرا حتى خرجنا إلى غزوة
أخرى فمررنا بذلك الحصن فإذا هو ينظر مع النصارى فقلنا يا فلان ما فعل قرآنك ما
فعل علمك ما فعل صومك وصلاتك فقال أنسيت القرآن كله حتى لا أحفظ منه إلا قوله ”
ربما يود الذين
كفروا لو كانوا مسلمين ذرهم يأكلوا ويتمتعوا ويلههم الأمل فسوف يعلمون
Abdah bin Abdirrahim berkata:
Kami memasuki negeri Romawi. Bersama rombongan kami ada seorang pemuda yang
selalu melewati siang dalam kehidupannya dengan membaca al-Quran dan berpuasa.
Sedangkan waktu malam ia lewati dengan melakukan qiyaamul lail. Pemuda ini
termasuk orang yang paling berilmu tentang hukum warisan dan fiqh. Suatu saat
kami melewati suatu benteng yang sebenarnya kami tidak diperintah untuk
berhenti di sana. Pemuda itu kemudian menuju sudut benteng, turun dari kudanya
dan kencing. Ia kemudian melihat ke atas ada seorang wanita cantik yang menawan
hatinya. Pemuda itu pun berkata kepada wanita itu dalam bahasa Romawi:
Bagaimana caranya untuk aku mendapatkanmu. Wanita itu berkata: Mudah. Jadilah
seorang Nasrani. Aku akan bukakan pintu untukmu dan aku menjadi milikmu. Pemuda
itu pun melaksanakan perintah wanita tersebut. Ia pun masuk ke dalam benteng.
Kami pun sangat bersedih dengan kesedihan yang sangat. Jika dibandingkan
seandainya itu terjadi pada anak kandung kami sendiri, kesedihan akibat sikap
(murtad) pemuda itu akan lebih besar. Kami pun menyelesaikan pertempuran kami
kemudian kami pulang. Tidak berapa lama kami pun keluar untuk pertempuran yang
lain. Kami melewati benteng itu. Kami melihat pemuda itu sedang melihat keluar
bersama kaum Nasara. Kami berkata kepadanya: Wahai fulan, apa yang terjadi
dengan bacaan Quranmu?! Apa yang terjadi dengan puasa dan solatmu?! Pemuda itu
berkata: Aku telah lupa dengan seluruh ayat alQuran kecuali hanya (2) ayat,
iaitu:
رُبَمَا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ كَانُوا مُسْلِمِينَ (2) ذَرْهُمْ
يَأْكُلُوا وَيَتَمَتَّعُوا وَيُلْهِهِمُ الْأَمَلُ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ (3)
Orang-orang kafir akan berharap
duhai seandainya dulu mereka adalah muslim. Biarkanlah mereka makan dan bersenang-senang
serta dilalaikan oleh angan mereka, sungguh nantinya mereka akan mengetahuinya
(Q.S al-Hijr ayat 2-3)
Penilaian para ulama terhadap
Abdah bin Abdurrahim:
~ Abu Hatim pernah ditanya
tentang Abdah bin Abdurrahim, maka beliau menjawab : Abdah seorang yg jujur
(shaduq).
~ An-Nasaie menilainya sebagai
orang yang jujur (Shaduq) dan tidak ada sesuatu padanya. Beliau adalah guru
kepada Imam an-Nasaie.
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
129349
https://salafy.or.id/pelajaran-dari-kisah-yang-diceritakan-abdah-bin-abdirrahim/
https://ar.islamway.net/micropost/6983/%D8%B3%D9%84%D8%B3%D9%84%D8%A9-%D8%A3%D8%AE%D8%B7%D8%A7%D8%A1-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%A4%D9%84%D9%81%D9%8A%D9%86-3-%D8%AE%D8%B7%D8%A3-%D9%81%D8%A7%D8%AF%D8%AD-%D9%84%D8%A7-%D8%A7%D8%AF%D8%B1%D9%8A-%D9%85%D9%86-%D9%83%D8%A7%D9%86-%D8%A7%D9%84%D8%B3%D8%A8%D8%A8-%D9%81%D9%8A%D9%87-%D9%84%D9%85%D9%86-%D9%84%D9%87%D9%85-%D8%B9%D9%86%D8%A7%D9%8A%D8%A9-%D8%A8%D9%83%D8%AA%D8%A7%D8%A8-%D8%A7%D9%84%D8%A8%D8%AF%D8%A7%D9%8A%D8%A9
No comments:
Post a Comment