Matan hadith
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ
مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا
وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ
قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Terjemahan
Tidak ada amalan yang dilakukan
oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh
Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan
datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya
darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi.
Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban)
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 1493, Ibnu Majah
no. 3126daripada Aisyah ra.
Imam al-Tirmidzi menghukum hadith
ini sebagai hasan gharib
Imam Bukhari menilai hadith ini
mursal dalam al-‘Ilal al-Kabir no. 244
Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani
Al-Mizi dalam Tahdzibut Kamal
22/11 mengatakan terdapat perawi yang dikritik munkarul hadith oleh Abu
Hatim iaitu Abu Musni al-Khazaie.
Ibnu Arabi dalam ‘Aridhah
al-Ahwadzi 4/3 mengatakan tidak terdapat hadith sahih mengenai fadhilat
berqurban.
No comments:
Post a Comment