Teks yang tersebar
Dikisahkan pada suatu ketika,
Nabi Musa A.S bermunajat kepada Allah S.W.T. Baginda memohon, "Ya Allah,
perlihatkan kepadaku keadilan-MU".
Maka Allah S.W.T menjawab
permohonan Nabi Musa A.S, "Jika Aku menampakkan keadilan-KU kepadamu,
engkau tak akan dapat bersabar, dan terburu-buru."
"Dengan taufik-MU, aku akan
dapat bersabar menyaksikan keadilan-MU", kata Nabi Musa A.S.
Kemudian Allah S.W.T
memerintahkan Nabi Musa A.S pergi ke sebuah sumber mata air. Maka, pergilah
Nabi Musa A.S ke tempat itu lalu segera baginda bersembunyi di kawasan
berdekatan dengannya.
Tidak lama kemudian, datanglah
seorang penunggang kuda di mata air itu, lalu dia turun dari kudanya dan
meminum air dari mata air itu. Setelah itu, diapun segera meninggalkan tempat
itu dengan tergesa-gesa tanpa disedarinya kantung wangnya telah terjatuh.
Kemudian, datang pula seorang
anak kecil meminum air dari mata air itu. Dia terlihat kantung tersebut lalu
mengambilnya, kemudian diapun segera pergi meninggalkan tempat itu.
Setelah anak kecil itu pergi,
datanglah pula seorang lelaki buta tua. Ia meminum air dari mata air itu,
berwuduk lalu bersolat .Selesai solat, diapun duduk berehat sejenak di situ.
Tidak lama kemudian, penunggang
kuda tadi kembali semula ke tempat itu. Dia mencari kantung wangnya yang telah
terjatuh. Namun, tidak dijumpainya dan yang ada hanyalah sibuta tua itu.
Dia mencurigai akan lelaki tua
buta itu lalu dia menuduh sibuta tua itu, "Kantung berisi wangku telah
jatuh berdekatan sini. Sudah pasti engkaulah yang telah mengambilnya".
Lalu sibuta tua itupun menjawab,
"Bagaimana aku dapat mengambil kantung wangmu sedangkan mataku tidak dapat
melihat"
Penunggang kuda itu marah lalu
dia mencabut pedangnya dan membunuh sibuta tua itu. Kemudian dia memeriksa
mayat sibuta tua itu, tetapi kantung wangnya tidak ditemui. Lalu bersegeralah
dia meninggalkan tempat itu.
Melihat akan kejadian itu, Nabi
Musa A.S hampir hilang kesabarannya lalu dia berkata, "Ya Tuhanku, aku
tidak dapat bersabar dengan kejadian ini, namun aku yakin Engkau Maha Adil.
Maka jelaskanlah padaku apa sebenarnya yang telah terjadi."
Lalu Allah mengutuskan Jibril A.S
kepada baginda. Jibril A.S berkata
kepada baginda, "Wahai Musa, Allah S.W.T telah berfirman : Aku mengetahui
segala rahsia, dan apa pun yang tidak kamu ketahui. Adapun anak kecil yang
mengambil kantung itu sebenarnya hanyalah mengambil hak miliknya. Kerana
penunggang kuda tersebut adalah majikan kepada ayah anak kecil itu. Namun,
ayahnya tidak dibayar atas pekerjaan yang telah dilakukannya. Dan jumlah yang
harus dibayar kepada ayah anak itu adalah sama dengan jumlah wang yang ada
dalam kantung tersebut. Dan adapun sibuta tua itu pula dahulunya telah membunuh
ayah anak kecil itu sebelum ia buta. Maka Allah memberikannya hukuman yang
setimpal atas perbuatannya itu."
Takhrij
Kisah ini ditemukan dengan matan
seperti:
عن موسى بن عمران أنه اجتاز بعين ماء في سفح جبل فتوضأ
منها. ثمّ ارتقى الجبل ليصلّي إذ أقبل فارس فشرب من ماء العين وترك عنده كيساً فيه
دراهم وذهب ماراً. فجاء بعده راعي غنم فرأى الكيس فأخذه ومضى. ثمّ جاء بعده شيخ
عليه أثر البؤس وعلى رأسه حزمة حطب، فوضعها هناك ثمّ استلقى ليستريح. فما كان إلاّ
قليلاً حتّى عاد الفارس فطلب كيسه. فلم يجده، فأقبل على الشيخ يطالبه به، فأنكر
فلم يزالا كذلك حتّى ضربه ولم يزل يضربه حتّى قتله.
فقال موسى: ياربّ كيف العدل في هذه الاُمور؟
فأوحى الله إليه:
" أنّ الشيخَ كانَ قتلَ أبا الفارسِ وكانَ على أبِ الفارسِ دينٌ لأبِ الراعي
مقدارُ مافي الكيس، فجرى بينهما القَصاص وقُضيَ الدينُ وأنا حكمٌ عدلٌ "
Atau ini:
العدل الإلهـــي كان موسى عليه السلام ، يناجي ربه على الطور ، فقال في
مناجاته : إلهي أرني عدلك و إنصافك ؟ فقال له تعالى : يا موسى أنت رجل حاد جريء ،
لا تقدر أن تصـبر ، فقال أقـدر على الصـبر بتوفيـقك ، فقال أقصـد العـين الفـلانية
، واختـف بإزائها ، وانظـر إلى قـدرتي ، و علـمي بالعــيوب . فمـضى مـوسى وصـعـد
إلى تل بإزاء تلك العـين ، وقـعـد مخـتـفيـا . فوصـل إلى العـين فارس ، ونزل عن
فرسه ، وتوضأ من العين ، وشرب من مائها وحل من وسطه هميانا ـ كيس مليء بالنقود ـ
فيه ألف دينار ووضعه إلى جانبه ، وصلى ركعتين ، ثم ركب ونسي الهميان في موضعه وسار
. فجاء بعده صبي صغير ، فشرب من الماء ، وأخذ الهـميان ومضى . فجاء بعد الصبي شيخ
أعمى ، فشرب من الماء وتوضأ ، ووقف في الصـلاة . حينها ذكر الفارس أنه نسي الهميان
عند العين ، فعاد من طريقه إلى العين ، فوجد الشيخ الأعمى ، فلزمه ، وقال : إني
نسيت هميانا فيه ألف دينار في هذا الموضع ، في هذه الساعة ، وما جاء أحد إلى هذا
المكان سواك ، فقال أنا رجل أعمى ، كيف أبصر هميانك ؟ فغـضب الفارس من ذلك ، وجرد
سيفه ، وضرب به الأعـمى فقـتله ، وفتـشه عن الهمـيان ، فلم يجـده ، فتركه ومضى .
فقال موسى عليه السلام : إلهي نفذ صبري وأنت عادل ، فعرفني كيف هذه الأحوال ؟ فهبط
جبريل عليه السلام وقال : الباري جلت قدرته يقول لك : أنا عالم الأسرار أعلم ما لا
تعلم ، أما الصغير الذي أخذ الهميان ، فإنه أخذ حقه وملكه ، فقد كان أبو هذا الصبي
أجيرا لذلك الفارس ، واجتمع عليه بقدر ما في ذلك الهميان ، فالآن وصل الصبي إلى
حقه . وأما ذلك الشيخ الأعمى ، فإنه قبل أن يعمى ، قتل أبا ذلك الفارس ، فقد أقتص
منه ، ووصل كل ذي حق إلى أهله ، وعدلنا وانصافنا دقيق كما ترى . فلما علم موسى
بذلك ، تحـير واستـغفر.. وسبحان الله الــــذي جلت قدرته وعظمته ..
Kisah ini ditemukan dalam kitab
Syiah Mustadrak Safinatul Bihar 8/534,
Nuzahtul Majalis 1/251.
Kisah ini dinilai tiada
asal/palsu menurut Multaqa Ahlil Hadith 67/276
Syeikh Badr al-Utaibi dalam
seperti yang dikutip dari Hawaaworld menilai kisah ini tiada asal
Rujukan
https://al-maktaba.org/book/31615/33278
https://www.facebook.com/IncorrectAhadithDiffused/posts/652880271537055/
https://www.hawaaworld.com/%D9%82%D8%B5%D8%A9_%D9%83%D9%8A%D9%81_%D9%8A%D8%A3%D8%AE%D8%B0_%D8%A7%D9%84%D8%B6%D8%B9%D9%8A%D9%81_%D8%AD%D9%82%D9%87_%D9%85%D9%86_%D8%A7%D9%84%D9%82%D9%88%D9%8A_%D9%84%D8%A7_%D8%A3%D8%B5%D9%84_%D9%84%D9%87%D8%A7-4343046/
No comments:
Post a Comment