Matan kisah
رُوِيَ عن أبي جعفر قال: “خطب عمر بن الخطاب إلى علي ابنته أم كلثوم فذكر
له صغرها، فقيل له إنه ردك فعاوده، فقال له علي: أبعث بها إليك فإن رضيت فهي
امرأتك، فأرسل بها إليه، فكشف عن ساقيها فقالت: أرسل، لولا أنك أمير المؤمنين
لصككت عينيك” وفي رواية “للطمت عينيك”.
Terjemahan
Diriwayatkan dari Abu Ja’far, dia
berkata: ‘Umar bin al-Khatthab mengajukan pinangan kepada ‘Ali (untuk
memperisteri) puteri ‘Ali, Ummu Kulthum. ‘Ali pun menyebutkan bahawa Ummu
Kulthum masih kecil, lalu dikatakan kepada ‘Umar, “Sesungguhnya ‘Ali menolak
pinanganmu.” Maka ‘Umar pun mengajukan lagi pinangan. ‘Ali berkata kepada
‘Umar, “Aku akan mendatangkannya kepadamu, Jika dia rela, maka dia menjadi
isterimu.” Maka ‘Ali pun mendatangkan Ummu Kulthum kepada ‘Umar, lalu ‘Umar
menyingkap (pakaian) Ummu Kulthum (untuk melihat) betisnya. Ummu Kulthum pun
berkata, “Lepaskan! Kalau saja kamu bukan Amir al-Mukminin, nescaya telah ku
hentam kedua matamu!”
Takhrij
Kisah tersebut dikeluarkan oleh
Sa’id bin Manshur dalam Sunannya 1/147, juga ‘AbdurRazzaq dalam al-Mushannaf
6/163 dari jalan Sufyan, dari ‘Amr bin Dinar, dari Abu Ja’far, dia berkata:
…seperti hadith di atas.
Syeikh al-Albani menilai kisah
ini dhaif kerana keterputusan sanad (mursal dan inqitha') dalam Silsilah Hadith
Dhaif 3/433-434.
No comments:
Post a Comment