Takhrij

Sunday, 11 July 2021

Selawat yang direka oleh sebahagian sahabat?

 

 

1. Selawat Sayyidina Ali bin Abi Talib (ra)

 

Diriwayatkan oleh Salamah al-Kindi yang dinukil dari kitab Al-Syifa’ karya al-Qadi ‘Iyad . Dari Salamah al-Kindi, beliau berkata: “Sayidina Ali bin Abi Talib mengajarkan kami cara berselawat kepada Nabi dengan berkata …

 

اللَّهُمَّ يَا دَاحِيَ الْمَدْحُوَّاتِ، وَيَا بَانِيَ الْمَبْنِيَّاتِ، وَيَا مُرْسِيَ الْمُرَسِّيَاتِ، وَيَا جَبَّارَ الْقُلُوبِ عَلَى فِطْرَتِهَا، شَقِيِّهَا وَسَعِيدِهَا، وَيَا بَاسِطَ الرَّحْمَةِ لِلْمُتَّقِينَ، اجْعَلْ شَرَائِفَ صَلَوَاتِكَ، وَنَوَامِي بَرَكَاتِكَ، وَرَأْفَاتِ تَحِيَّتِكَ، وَعَوَاطِفَ زَوَاكِي رَحْمَتِكَ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، وَالْخَاتَمِ لِمَا سَبَقَ، وَفَاتِحِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَدَامِغِ جِيشَاتِ الْأَبَاطِيلِ كَمَا حَمَّلْتَهُ، فَاضْطَلَعَ بِأَمْرِكَ مُسْتَنْصِرًا فِي رِضْوَانِكَ، غَيْرَ نَاكِلٍ عَنْ قَدَمٍ، وَلَا مُئِنٍّ عَنْ عَزْمٍ، حَافِظٍ لِعَهْدِكَ، مَاضٍ لِنَفَاذِ أَمْرِكَ، حَتَّى أَرَى أَنْ أَرَى فِيمَنْ أُفْضِي إِلَيْكَ تَنْصُرُ بِأَمْرِكَ، وَأَسْبَابِ هُدَاةِ الْقُلُوبِ، بَعْدَ وَاضِحَاتِ الْأَعْلَامِ إِلَى خَوْضَاتِ الْفِتَنِ، إِلَى نَائِرَاتِ الْأَحْكَامِ، فَهُوَ أَمِينُكَ الْمَأْمُونُ، وَشَاهِدُكَ يَوْمَ الدِّينِ، وَبَعِيثُكَ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ، اللَّهُمَّ فَسِّحْ لَهُ مُفْسَحًا عِنْدَكَ، وَأَعْطِهِ بَعْدَ رِضَاهُ الرِّضَى مِنْ فَوْزِ ثَوَابِكَ الْمَحْلُولِ، وَعَظِيمِ جَزَائِكَ الْمَعْلُولِ، اللَّهُمَّ أَتْمِمْ لَهُ مَوْعِدَكَ بِابْتِعَاثِكَ إِيَّاهُ مَقْبُولَ الشَّفَاعَةِ، عَدْلَ الشَّهَادَةِ، مَرَضِيَّ الْمَقَالَةِ، ذَا مَنْطِقٍ عَدْلٍ، وَخَطِيبٍ فَصْلٍ، وَحُجَّةٍ وَبُرْهَانٍ عَظِيمٍ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا سَامِعِينَ مُطِيعِينَ، وَأَوْلِيَاءَ مُخْلِصِينَ، وَرُفَقَاءَ مُصَاحِبِينَ، اللَّهُمَّ بَلِّغْهُ مِنَّا السَّلَامَ، وَارْدُدْ عَلَيْنَا مِنْهُ السَّلَامَ.

 

 

Ya Allah, Pencipta bumi yang menghampar, Pencipta langit yang tinggi, dan Pemimpin hati yang celaka dan yang bahagia pada ketetapan-Nya, jadikanlah selawat-Mu yang mulia, berkat-Mu yang tidak terbatas dan kasih sayang-Mu yang lembut pada Muhammad hamba dan utusan-Mu, pembuka segala hal yang tertutup, penutup yang terdahulu, penolong agama yang benar dengan kebenaran, dan penakluk bala tentera kebatilan seperti yang dibebankan padanya, sehingga dia bangkit membawa perintah-Mu dengan tunduk kepada-Mu, siap menjalankan redha-Mu, tanpa gentar dalam semangat dan tanpa kelemahan dalam kemahuan, sang penjaga wahyu-Mu, pemelihara janji-Mu, dan pelaksana perintah-Mu sehingga dia nyalakan cahaya kebenaran pada yang mencarinya, jalan-jalan nikmat Allah terus mengalir pada ahlinya, dengan Nabi Muhammad hati yang tersesat memperoleh petunjuk setelah menyelami kekufuran dan kemaksiatan, dia (Muhammad) telah memperindah tanda-tanda yang terang, hukum-hukum yang bercahaya, dan cahaya-cahaya Islam yang menerangi, dialah (Muhammad) orang yang jujur yang dipercayai oleh-Mu dan penyimpan ilmu-Mu yang tersembunyi, saksi-Mu di hari kiamat, utusan-Mu yang membawa nikmat, Rasul-Mu yang membawa rahmat dengan kebenaran.

Ya Allah, luaskanlah syurga-Mu baginya, balaslah dengan kebaikan yang berlipat ganda dari anugerah-Mu baginya, iaitu kelipatan yang mudah dan bersih, dari pahala-Mu yang dapat diraih dan anugerah-Mu yang agung dan tidak pernah terputus .

Ya Allah, berilah dia darjat tertinggi di antara manusia, muliakanlah tempat tinggal dan jamuannya di syurga-Mu, sempurnakanlah cahayanya, balaslah jasanya sebagai utusan-Mu dengan kesaksian yang diterima, ucapan yang diredhai, pemilik ucapan yang lurus, jalan pemisah antara yang benar dan yang batil dan hujah yang kuat.

 

 

Hadith diatas diriwayatkan oleh Sa’id bin Manshur, Ibnu Jarir dalam Tahdhib al-Athar, Ibn Abi Asim, Ya’qub bin Syaibah dalam Akhbar ‘Ali, Ibn Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf no. 29511, At-Thabarani dalam Al-Mu’jam al-Awsath no. 9089 dan lain-lain.

 

Tiada asal (Fatwa Islamarchieve)

 

Terdapat perawi yang mubham (Gharibul Hadith li Ibnil Qutaybah 2/143)

 

 

2. Selawat Sayyidina Abdullah bin Mas’ud ra

 

وَعَنِ أَبِنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قاَلَ: اِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاَحْسِنُوْا الصَّلاَةَ عَلَيْهِ فَاِنَّكُمْ لاَتَدْرُوْنَ لَعَلَّ ذَلِكَ يُعْرَضُ عَلَيْهِ فَقَالُوْا لَهُ: فَعَلِّمْنَا, قَالَ: اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صَلَوَاتِكَ وَرَحْمَتَكَ وَبَرَكَاتكَ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ وَاِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَخَاتَمِ النَّبِيِّيْنَ مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اِمَامِ الْخَيْرِ وَقَائِدِ الْخَيْرِ وَرَسُوْلِ الرَّحْمَةِ , الَّهُمَّ ابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا يَغْبِطُهُ بِهِ اْلاَوَّلُوْنَ وَاْلاَخِرُوْنَ.

 

Sayyidina Abdullah bin Mas’ud berkata: “Apabila kalian berselawat kepada Rasulullah , maka buatlah karangan selawat yang bagus kepada Baginda, siapa tahu barangkali selawat kalian itu diberitahukan kepada Baginda.” Mereka bertanya: “Ajari kami cara selawat yang bagus kepada baginda.” Beliau menjawab: “Katakan, ya Allah jadikanlah segala selawat, rahmat dan berkat-Mu kepada penghulu para rasul, pemimpin orang-orang yang bertakwa, penutup para nabi, iaitu Muhammad hamba dan Rasul-Mu, pemimpin dan pengarah kebaikan dan rasul yang membawa rahmat. Ya Allah, anugerahilah Baginda maqam terpuji yang menjadi harapan orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian”.

 

HR. Ibn Majah no. 906, Abdurrazzaq no. 3109, Abu Ya’la no. 5267,  at-Thabarani dalam Al-Mu’jam al-Kabir 9/115 dan Ismail al-Qadi dalam Fadl al-Salat hal. 59. Hadith ini juga disebutkan oleh Ibn al-Qayyim dalam kitabnya Jala’ al-Afham (hal. 36 dan hal 72).

 

al-Mughlathai dalam Syarah Ibnu Majah 3/509, sanadnya sahih mauquf.

 

Manakala, Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif mauquf dalam Dhaif Targhib no. 1039 dan Dhaif Ibnu Majah.

 

 

 

 

3. Selawat Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Umar (ra)

 

Diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani’ sebagaimana dalam al-Matalib al-‘Aliyah oleh al-Hafiz Ibn Hajar 13/806 no. 3332 dan mengisyaratkannya sebagai Dhaif, dari Thawbah/Thuwayr mawla Bani Hasyim katanya: Aku bertanya Ibn ‘Umar RA: Bagaimana berselawat ke atas Nabi ? Maka jawab Ibn ‘Umar RA:

 

اللَّهُمَّ اجْعَلْ صَلَوَاتِكَ وَبَرَكَاتِكَ وَرَحْمَتَكَ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِينِ، وَإِمَامِ الْمُتَّقِينِ، وَخَاتَمِ النَّبِيِّينَ، مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، إِمَامِ الْخَيْرِ، وَقَائِدِ الْخَيْرِ، اللَّهُمَّ ابْعَثْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَقَامًا مَحْمُودًا يَغْبِطُهُ الْأَوَّلُونَ وَالْآخِرُونَ، وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

 

Kata Imam al-Busiri: Ia mempunyai sokongan dari hadith Ibn Mas’ud (ra) yang diriwayatkan oleh Ibn Abi ‘Umar, Abu Ya’la dan Ibn Majah dengan isnad yang hasan.

 

Manakala menurut penilaian as-Sakhawi dalam Qaulul Badi' hal. 64, sanadnya dhaif.

 

 

4. Selawat Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Abbas (ra)

 

 Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq, ‘Abd bin Humayd dan Isma’il al-Qadi dalam Fadl al-Salat ‘ala al-Nabi dari Sayyidina Ibnu ‘Abbas (ra) beliau mengucapkan:

 

اللهم تقبل شفاعة محمد الكبرى، وارفع درجته العليا، وأعطه سُؤْلَه في الآخرة والأولى، كما آتيت إبراهيم وموسى، عليهما السلام

 

Kata Imam Ibn Kathir dalam Tafsirnya 6/470: Suatu isnad yang baik, kuat lagi sahih.

No comments:

Post a Comment