Doa
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau yang menjadikan ia mudah. Dan engkau(sangat mampu) menjadikan kesulitan kepada mudah, jika Engkau kehendaki ia mudah"
Takhrij
Dari Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa” [Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah].
Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam Sahihnya 3/255.
Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi ‘Umar, Ibnus Sunni dalam ‘Amal Yaum wal Lailah. (Jaami’ul Ahadits, 6/257, Asy Syamilah).
Sanad hadith ini sahih sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Syu’aib Al Arnauth dalam tahqiqnya terhadap Sahih Ibnu Hibban
No comments:
Post a Comment