Takhrij

Wednesday, 18 August 2021

Hadith anjuran berkata baik saja untuk jenazah

 

Daripada Anas bin Malik Ra menuturkan:

 

مَرُّوا بِجَنَازَةٍ، فَأَثْنَوْا عَلَيْهَا خَيْرًا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَجَبَتْ» ثُمَّ مَرُّوا بِأُخْرَى فَأَثْنَوْا عَلَيْهَا شَرًّا، فَقَالَ: «وَجَبَتْ» فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: مَا وَجَبَتْ؟ قَالَ: «هَذَا أَثْنَيْتُمْ عَلَيْهِ خَيْرًا، فَوَجَبَتْ لَهُ الجَنَّةُ، وَهَذَا أَثْنَيْتُمْ عَلَيْهِ شَرًّا، فَوَجَبَتْ لَهُ النَّارُ، أَنْتُمْ شُهَدَاءُ اللَّهِ فِي الأَرْضِ

 

Anas bin Malik berkata, orang-orang lalu membawa satu jenazah, mereka memujinya dengan kebaikan. Maka Rasulullah bersabda, “Wajabat.” Kemudian lalu lagi orang-orang membawa satu jenazah, mereka mencelanya dengan kejelekan. Maka Rasulullah bersabda, “Wajabat.” Sahabat Umar bin al-Khattab berkata, “Apa yang wajib, ya Rasul?” Rasulullah bersabda, “Jenazah ini yang kalian puji dengan kebaikan wajib baginya syurga. Dan orang ini yang kalian cela dengan keburukan wajib baginya neraka. Kalian adalah para saksinya Allah di muka bumi.” (HR. Bukhari no. 1367)

 

Menurut Ibnu Hajar dalam Fathul Bari, ketika orang-orang untuk memuji kebaikan orang yang meninggal menunjukkan bahawa orang tersebut termasuk ahli syurga, baik pada kenyataannya perilakunya sesuai dengan pujian tersebut mahupun tidak. Ilham yang diberikan Allah kepada orang-orang untuk memberikan kesaksian baik pada si mayat boleh dijadikan tanda terealisasinya kehendak tersebut.

No comments:

Post a Comment