Takhrij

Saturday, 21 August 2021

Hadith cemburu para wanita

Hadith 1

 

أَنَّ الْغِيْرَاءَ لَا تُبْصِرُ أَسْفَلَ الْوَادِي مِنْ أَعْلَاهُ

 

Wanita yang cemburu tidak mampu membezakan bahagian bawah lembah dan bahagian atasnya.

 

HR. Abu Ya’la dalam Musnandnya no. 4670, Abu Syaikh dalam al-Amtsal no. 56, daripada Aisyah ra.

 

Didhaifkan oleh al-Bushiri dalam al-Ithaf 3/514, al-Iraqi dalam al-Mughni 1/191, Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2895, malah hadith munkar menurut al-Muallimi dalam al-Anwarul Khasyafah 1/245. Hadith ini dhaif kerana dua illah, yakni perawi yang lemah ‘An’anah Muhammad bin Ishak (mahjul) dan Salamah bin Fadhl al-Abrash (dhaif dan banyak silap).

 

 

Hadith 2

 

إنَّ اللَّهَ كتبَ الغَيرةَ على النِّساءِ فمن صبرَ منهنَّ كانَ لَها أجرُ شَهيدٍ

 

Allah menetapkan rasa cemburu pada para wanita, maka barangsiapa yang sabar terhadap mereka, maka baginya pahala orang mati syahid

 

Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Bazzar no. 1490, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 2/159, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa’ 6/82, daripada Ibnu Mas’ud ra.

 

Ibnu Hajar berkata, para perawinya tsiqah (terpercaya) hanya saja para ulama memperselisihkan kredibiliti seorang perawi yang bernama Ubaid bin AS-Sabbah (Fathul Bari 9/236).

 

AZ-Zahabi mengatakan pula ia hadith munkar (Mizanul I’tidal 3/20).

 

Manakala Imam Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 10040, meriwayatkan dari Ibnu Masud dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam- bersabda: "Sungguh Allah telah menetapkan rasa cemburu kepada para wanita, dan menetapkan jihad kepada para laki-laki, barang siapa di antara mereka (para wanita) itu bersabar kerana iman dan penuh pengharapan, maka baginya sama dengan pahala orang yang mati syahid". (Hadith ini didhaifkan oleh as-Sakhawi dalam Maqasid al-Hasanah no. 145, Syeikh al-Albani dalam Silsilah hadith Dhaif no. 813)


No comments:

Post a Comment