Teks sebaran
Ulama Soleh berkata :
إنَّك اذا ما اقبلتَ على شَربَةِ مَاء , فقَسِّمْهُ اَثلاَثًا
Sesungguhnya jika engkau saat akan meneguk air minum, maka bagilah dengan tiga kali tegukan.
إشْرَبْ أوّلَ جَُرعَةٍ وقُلْ بِسْمِ اللَّه، واشْرَبْهَا ! ثمَّ انْتَهِ مِنَ الجرعة و قُل الحَمدُ لِلّٰه
Minumlah pada tegukan pertama dan ucapkan Bismillah lalu minumlah!, kemudian setelah selesai ucapkanlah Alhamdulillah.
واقتَدِ الىَ الجُرعَة الثَّانِيَة وقل بسم الله، وانْتَهِ منها وقل الحمد لله
Lalu ikuti pada tegukan selanjutnya dan ucapkan Bismillah, dan setelah selesai dari tegukan kedua ini ucapkan kembali Alhamdulillah.
ثم اخْتِمْ بالثّالثَة و قل بسم الله و اختِمهَا بقولِكَ الحمد لله
ًKemudian akhiri pada tegukan yang terakhir dan ucapkan Bismillah, lalu setelah di minum ucapkan Alhamdulillah.
إِذَا أَخَذْتَ شَرْبَةَ مَاءٍ بهٰذِهِ الطَّرِيقَة الّتِي نُقِلَتْ عَنْ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليهِ وَ سلَّم.. طَالَمَا كَانَ فِي جَوفِكَ ذٰلكَ المَاء فَلمْ تحدّثكَ ذَرّة بمَعْصِيَةِ الله
“Jika engkau mempraktikkan meminum air dengan cara seperti yang dilakukan Rasulullah SAW ini, ketahuilah selama air itu ada dalam perutmu maka tak akan ada keinginan tubuhmu untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT walaupun hanya sebesar biji zarah.
Ulasan
Sebaran viral di atas tidaklah semuanya hadith.
Hadith yang berkaitan hanya pada bahagian tatacara minum sahaja.
Abu Hurairah ra menyatakan Rasulullah saw minum dengan tiga nafas. Apabila baginda saw mendekatkan bekas air ke mulutnya, baginda saw akan menyebut nama Allah, apabila telah minum, baginda sa w memuji Allah. Baginda saw melakukannya sebanyak tiga kali.
(HR. at-Thabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat no. 858, Syeikh al-Albani menyatakan hadith ini sahih dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1277).
Manakala bahagian fadhilat itu adalah petikan kata dari Syeikh Sya’rawi
Rujukan
https://jurnalpresisi.pikiran-rakyat.com/oase/pr-151151053/ternyata-dengan-melakukan-hal-sederhana-ini-kita-bisa-terhindar-dari-kemaksiatan-apa-itu
No comments:
Post a Comment