Takhrij

Saturday, 11 September 2021

Hadith ibu bapa Nabi saw dihidupkan lalu beriman dan diwafatkan semula

 

Matan hadith

 

عن عائشة رضي الله عنها قالت : حجَّ بنا رسول الله صلى الله عليه وسلم حجة الوداع ، فمرَّ بي على عقبة الحجون وهو باكٍ حزين مغتم ، فبكيتُ لبكاء رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم إنه نزل فقال : يا حميراء استمسكي ، فاستند إلى البعير فمكث عني طويلاً ، ثم إنه عاد إليَّ وهو فرح مبتسم ، فقلت له : بأبي أنت وأمي يا رسول الله ، نزلت من عندي وأنت حزين مغتم فبكيت لبكائك ، ثم إنك عدت إليّ وأنت فرح مبتسم ، فعَمَ ذا يا رسول الله ؟ فقال : ذهبت لقبر أمي آمنة فسألت الله أن يحييها فأحياها ، فآمنت بي وردها الله عز وجل

 

Terjemahan

 

Dari Aisyah Berkata : Sesungguhnya rasulullah pergi ke Hujun mu’alla atau ma’ala iaitu kawasan pekuburan di Mekah. dinamakan al-Hujun kerana dinisbatkan kepada bukit Hujun, dalam keadaan dukacita dan bersedih , lalu duduk disana selama masa yang dikehendaki TuhanNya. Kemudian Baginda kembali dalam kead’an gembira maka aku bertanya : Wahai Rasulullah! Engkau pergi ke Hujun dalam keadaan dukacita dan bersedih lalu engkau duduk di sana selama masa yang di kehendaki oleh Allah , kemudian engkau kembali dalam keadaan gembira. Rasulullah saw bersabda : Aku meminta kepada allah lalu allah menghidupkan kembali ibu ku , maka dia beriman dengan ku kemudian Allah mematikan nya semula.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Syahin dalam al-Nasikh wa al-Mansukh, al-Khatib dalam al-Sabiq wa’l-Lahiq sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam al-Hawi 2/440.

 

Ibnu Jauzi menilai hadith ini palsu dalam al-Maudhuat 1/283.

 

Ibnu Katsir menilai hadith ini munkar jiddan dalam al-Bidayah wan Nihayah 2/261.

 

Mulla Ali al-Qari menilai hadith ini palsu dalam Al-Asrar al-Marfu’ah fi’l Akhbar al-Mauduah hal. 83.

 

Ibnu Taimiyah menilai hadith ini palsu dalam  Majmu’ al-Fatawa 4/325.

 

Sebahagian ahli sufi seperti al-Baijuri dalam Jawharatul Tauhid hal 30, menilai hadith ini sahih dengan bukan kaedah Musthalah Hadith tetapi berdasarkan ilham dan inspirasi. Hal ini telah dibantah oleh Ibnu Taimiyah kerana penilaian menggunakan inspirasi ini tidaklah kurang malah serupa dengan orang Nasrani (al-Jawab al-Sahih 2/92).

 

Penilaian as-Suyuthi mengatakan ibu bapa Nabi saw beriman juga telah dibantah oleh kebanyakan ahli ilmu kerana kedhaifan tersangatan dan palsunya riwayat hadith tersebut (Fatwa Soaljawab Islam no. 47170).

 

Berkata Pengarang 'Aun al-Ma'bud: Semua hadith yang berkenaan penghidupan semula ibu bapa Rasulullah s.a.w. dan keimanan mereka berdua serta keselamatan mereka kebanyakannya adalah palsu, bohong lagi direka dan sebahagiannya pula adalah sangat dhaif. Ianya tidak sahih sama sekali dengan kesepakatan imam-imam hadith ke atas pemalsuannya, seperti al-Daraqutni, Ibn Shahin, al-Khatib, Ibn 'Asakir, Ibn Nasir, Ibn al-Jauzi, al-Suhayli, al-Qurtubi, al-Muhib al-Tabari, Fath al-Din bin Sayyid al-Nas, Ibrahim al-Halibi dan banyak lagi. Al-'Allamah Ibrahim al-Halabi telah menjelaskan secara terperinci berkenaan ketidak selamatan ibu bapa Nabi s.a.w. dalam satu risalah khas. Ketepatan pegangan ini disokong oleh hadith sahih ini: "Sesungguhnya ayahku dan ayahmu di dalam neraka." Al-Shaykh Jalal al-Din al-Suyuti telah menyalahi para Huffaz dan para ulama yang teliti di mana dia telah menetapkan bari ibu bapa Nabi s.a.w. keimanan dan keselamatan dengan mengarang beberapa risalah berkenaannya, antaranya ialah 'Risalah al-Ta'zim wa al-Minnah fi anna abaway Rasulillah s.a.w. fi al-Jannah'.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 47170, 70297

 

https://ar.islamway.net/fatwa/7000/

No comments:

Post a Comment