Takhrij

Tuesday, 21 September 2021

Hadith mayit berasa bahagia jika ada orang menziarahinya

 

Matan hadith

 

 

عن عائشة رضى الله تعالى عنها قالت قال رسول الله ما من رجل يزور قبر أخيه ويجلس عنده إلا استأنس به ورد عليه حتى يقوم

 

Terjemahan

 

Dari Aisyah ra berkata: Rasulullah saw bersabda: “Siapa saja yang ziarah kubur saudaranya, kemudian duduk di sisi kuburnya maka menjadi tenanglah si mayat itu, dan Allah akan mengembalikan roh saudaranya yang meninggal itu untuk menemaninya sampai selesai ziarah.

 

Takhrij

 

HR. Ibn Abi Duniya dalam al-Qubur hal. 201 no. 1, juga disebutkan dalam Takhrij Ihya’  al-Iraqi 5/243.

 

Al-Iraqi berkata dalam sanadnya terdapat perawi yang majhul iaitu, Abdullah bin Sam’an. Nama lengkapnya Abdullah bin Ziyad bin Sulaiman bin Sam’an Al-Makhzumi Abu Abdirrahman Al-Madani, seorang yang matruk, dan bahkan dituduh berdusta (At-Taqriib, hal. 507 no. 3346).

 

Muhammad Ibni Abdul Hadi dalam al-Sharimul Manki no. 366 berkata hadith ini sanadnya dhaif jiddan.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4493.

 

Juga dhaif menurut kajian Fatwa Soaljawab Islam no. 193505.

 

Hadith munkar menurut pentahqiq kitab ar-Ruh hal. 169, Dr. Bassam Ali

 

 

Matan hadith

 

   حدثنا محمد بن قدامة الجوهرى حدثنا معن بن عيسى القزاز أخبرنا هشام بن سعد حدثنا زيد بن أسلم عن أبى هريرة رضى الله تعالى عنه قال إذا مر الرجل بقبر أخيه يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام وعرفه وإذا مر بقبر لا يعرفه فسلم عليه رد عليه السلام

 

Terjemahan

 

Jika seseorang mengunjungi kubur saudaranya yang dikenalinya, lalu memberi salam kepadanya, melainkan dia membalas salamnya dan mayit itu mengenalinya juga. Jika dia mengunjungi kubur seseorang yang tidak dikenali penghuninya, lalu dia memberi salam, niscaya salamnya akan dijawab (oleh penghuni kubur itu)

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Qayyim dalam al-Ruh 1/169-170, daripada Abu Hurairah ra.

 

Berkata Dr Bassam Ali (pentahqiq kitab ar-Ruh): dhaif kerana perawi dhaifnya Hisham bin Sa`ad menurut Imam Ahmad dan an-Nasaie  (Tahzibu Tahzib, 11/39). lagipun ia bukan hadith, cuma atsar Abu Hurairah.

 

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 193505

 

No comments:

Post a Comment