Takhrij

Saturday, 11 September 2021

Hadith menjaga/memiliki binatang ternak yang berkeliaran

 

Matan hadith

 

مَنْ وَجَدَ دَابَّةً قَدْ عَجَزَ عَنْهَا أَهْلُهَا أَنْ يَعْلِفُوهَا فَسَيَّبُوهَا فَأَخَذَهَا فَأَحْيَاهَا فَهِيَ لَهُ

 

 

Terjemahan

 

Sesiapa yang menjumpai seekor haiwan yang mana pemiliknya tidak mampu menjaganya dan membiarkan ia maka boleh untuk dia mengambilnya dan menjaganya maka haiwan tersebut akan menjadi miliknya

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 3524, ad-Daruquthni 3/68, al-Baihaqi daalm Sunan Kubra no. 12472, daripada 'Amir al-Sya'bi  ra.

 

Hasan menurut syeikh al-Albani dalam Irwaul Ghalil no. 1562

 

Sanadnya hasan menurut syeikh al-Arnauth

 

Sekiranya lembu yang dijumpai tersebut berada di kawasan yang memang tidak terdapat penjaga lembu, atau kendang lembu, dan diyakini yang ia memang tidak bertuan, maka boleh untuk lembu tersebut diambil. Namun sekiranya ia adalah lembu yang hilang dari penjagaan tuannya, maka tidak boleh untuk mengambilnya sebagaimana pendapat ulama Syafi’eyyah. Sebaliknya, jika lembu yang dijumpai itu masih kecil, dan kita takutkan ia akan diganggu haiwan buas, mati kelaparan, dan seumpamanya, maka boleh untuk kita membelanya dan kita membuat hebahan kepada orang ramai untuk mencari pemiliknya dalam tempoh setahun. Akan tetapi sekiranya ditemukan pemiliknya maka kita serahkan kembali kepadanya. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama (al-Kafi li al-Fatawi no. 627, Irsyad al-Fatwa no. 354)

No comments:

Post a Comment