Takhrij

Tuesday, 21 September 2021

Kisah Nabi saw dan kijang

 

Matan hadith

 

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم في الصحراء فإذا مناديا يناديه: يا رسول الله فالتفت فلم ير أحدا ثم التفت فإذا ظبية موثقة فقالت: ادن مني يا رسول الله، فدنا منها، فقال: حاجتك؟ قالت: إن لي خشفين في ذلك الجبل فحلني حتى أذهب، فأرضعهما ثم أرجع إليك قال: وتفعلين؟ قالت: عذبني الله بعذاب العشار إن لم أفعل فأطلقها فذهبت فأرضعت خشفيها ثم رجعت فأوثقها وانتبه الأعرابي فقال: لك حاجة يا رسول الله؟ قال: نعم، تطلق هذه فأطلقها، فخرجت تعدو وهي تقول: أشهد أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله.

 

Terjemahan

 

Rasulullah SAW pernah berada di padang pasir, tiba-tiba Baginda terdengar suara memanggilnya: Wahai Rasulullah Baginda berpaling ke belakang, namun tidak melihat sesiapa. Apabila Baginda berpaling semula kehadapan, Baginda dapati seekor kijang yang terikat. Kijang tersebut berkata: Wahai Rasulullah, mendekatlah kepadaku. Baginda pun mendekatkan diri kepadanya, lalu bertanya: Apakah kehendakmu? Kijang tersebut berkata: Aku memiliki dua anak di gunung sana. Bebaskanlah aku agar aku dapat menyusukan mereka di sana, kemudian aku akan pulang semula. Baginda meminta kepastian: Kamu akan melakukan hal tersebut? Kijang tersebut bersumpah: Allah akan mengazabku dengan azab yang pedih jika aku tidak kembali. Baginda pun melepaskan ikatan tersebut. Kijang tersebut segera menuju ke gunung tersebut dan menyusukan anaknya. Kemudian ia pulang, dan Baginda mengikatnya semula. Orang Arab Badwi di situ menyedari hal tersebut, lalu bertanya: Adakah anda memiliki sebarang hajat, wahai Rasulullah. Baginda menjawab: Ya, bolehkah kamu membebaskan kijang ini? Arab Badwi segera membebaskannya, dan kijang pun pergi sambil mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah, dan kamu adalah utusan Allah.

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 23/331 no. 763, daripada Ummu Salamah ra. Juga ditemukan dalam Dalail Nubuwah al-Baihaqi sepertimana disebutkan dalam Hayatul Hayawan al-Kubra 1/473, daripada Abi Said al-Khudri ra.

 

Hadith dhaif menurut al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 2/28, al-Haithami dalam Majma Zawaid 8/298, as-Suyuthi dalam al-Khashais al-Kubra 2/60,  syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6737, Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith al-Daífah wal-Mawdu‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj hal. 1112-1113,  no. 5628.

 

No comments:

Post a Comment