Takhrij

Monday, 15 November 2021

Hadith menanam hari Rabu

 

Matan hadith

 

عن جابر بن عبدالله من غرسَ يومَ الأربعاءِ فقال: سبحانَ الباعثِ الوارِثِ أتتهُ بأُكُلِها

 

Terjemahan

 

Barangsiapa menanam di hari Rabu, kemudian dia mengucapkan ‘Subhaanal baa-‘itsil waaritsi’, maka ia akan mendatangkan banyak makanan padanya.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Hibban dalam al-Majruhin no. 121 daripada Jabir ra.

 

Dhaif menurut Ibnu Hibban, az-Zahabi, Ibnu Hajar kerana dhaifnya perawi bernama Abbas bin Bakar, dia munkarul hadith menurut Ibnu Adi, dan hadithnya tidak boleh ditulis (al-Majruhin 1/121, Lisanul Mizan 4/403, Mizanul I'tidal 2/382).

No comments:

Post a Comment