Takhrij

Monday, 15 November 2021

Sahabat Nabi saw yang terdiri daripada golongan jin?

 

Ya, memang terdapat nukilan ulama menyebutkan hal ini. Nama-nama ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Tafsir Al-Qurthubi 16/196 berikut;

 

وَقَدْ ذَكَرَ الْمَاوَرْدِيُّ أَسْمَاءَهُمْ عَنْ مُجَاهِدٍ فَقَالَ : حَسَّى وَمَسَّى وَمُنَشَّى وَشَاصِرٌ وَمَاصِرٌ وَالْأَرَدُ وَأَنِيَّانُ وَالْأَحْقَمُ . ..كَانَ حَمْزَةُ بْنُ عُتْبَةَ بْنِ أَبِي لَهَبٍّ يُسَمِّي جِنَّ نَصِيبِينَ الَّذِينَ قَدِمُوا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – فَيَقُولُ : حَسَّى وَمَسَّى وَشَاصِرُ وَمَاصِرُ وَالْأَفْخَرُ وَالْأَرَدُ وَأَنْيَالُ

 

Imam Mawardi menyebutkan nama-nama jin yang datang pertama kali kepada Nabi Saw. Ia berkata bahawa namanya adalah Hassa, Massa, Munasysya, Syashir, Mashir, Arad, Aniyyan dan Ahqam. Sementara Hamzah bin Utbah bin Abi Lahab menamai jin Nashibin yang datang menemui Rasulullah Saw sebagai ‘Hassa, Massa, Syashir, Mashir, Afkhar, Arad, dan Anyal.

No comments:

Post a Comment