Matan kisah
عن الهيثم بن خنس قال : كنا عند عبد الله بن عمر رضي الله عنهما فخدرت رجله
فقال له رجل : أذكر أحب الناس إليك ، فقال : يا محمد ، فكأنما نشط من عقال .
Terjemahan
Daripada Haitsam bin Khannas, dia
berkata: “Kami berada disisi Abdullah bin ‘Umar ra yang sedang kebas kakinya.
Tiba-tiba seorang lelaki berkata: “Sebutlah nama orang yang paling engkau
cintai.” Maka Abdullah bin ‘Umar pun berkata: "Wahai Muhammad, sehingga
seakan-akan dia tidak pernah sakit."
Dalam riwayat yang lain dari Ibnu Abbas ra.
وعن مجاهد قال : خدرت رِجْل رَجُل عند ابن عباس رضي الله عنهما ، فقال له
ابن عباس : أذكر أحب الناس إليك ، فقال : محمد صلى الله عليه وسلم فذهب خدره
Terjemahan
Mujahid meriwayatkan baHawa dia
melihat seorang yang kebas kaki di sisi Ibnu Abbas. Lalu Ibnu Abbas berkata
kepadanya. “Sebutlah nama orang yang paling engkau cintai.” Maka orang yang
sakit itu pun menyebut nama Muhammad saw. Lalu rasa kebas kakinya pun
lenyap."
Takhrij
AR. Ibnu Sunni dalam al-Amal al-Yaum
wal Lailah no. 170.
Juga diriwayatkan oleh Imam
al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad sepertimana berikut:
حدثنا أبو نعيم قال حدثنا سفيان عن أبي إسحاق عن عبد الرحمن بن سعد قال
خدرت رجل بن عمر فقال له رجل اذكر أحب الناس إليك فقال يا محمد
Telah menceritakan kepada kami
Abu Nu’aim dengan katanya: Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Abu Ishaq
dari Abdurrahman bin Sa’d, dia berkata: Kaki Ibn Umar mengalami sakit kebas.
Maka telah berkata kepadanya seorang lelaki: Sebutlah nama manusia yang paling
engkau cintai. Maka Ibn Umar pun menyebut: Ya Muhammad.
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini lemah dalam al-Kalim Thayyib no. 236.
Bahkan dalam Imam an-Nawawi dalam al-Azkar 1/305
mengatakan sanadnya lemah.
Dalam Fatwa Soaljawab Islam no. 162967,
melalui kajian kesemua sanadnya, hadith ini lemah dan tidak dapat saling
menguatkan.
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 54059
Fatwa Soaljawab Islam no. 162967
No comments:
Post a Comment